Monday 7 March 2016

PERLANTIKAN JAWATANKUASA TABIKA KEMAS TERATAI 2

4 Mac 2016 - Mesyuarat Agung Tabika KEMAS Taman Samudera Teratai 2  telah berlangsung pada pukul 3.00 ptg.

Kehadiran seramai 17 orang, selain daripada ibu bapa, beberapa ahli jawatankuasa bagi tahun 2015 juga turut hadir bg menjayakan mesyuarat pada kali ini.

Mesyuarat telah dirasmikan oleh Pn.Rohani bt Alias selaku Penyelia Perhubungan KEMAS Parlimen Lumut.

Banyak info dan maklumat yang telah beliau sampaikan terutamanya berhubung perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak seperti perlaksanaan kelas Penghayatan Pendidikan Islam yang telah bermula pada 1 Febuari yang lalu serta sedikit penerangan mengenai kelas Tabika Berprestasi Tinggi yang bertujuan memberi pendidikan kepada kanak-kanak sebagai persediaan kepada mereka untuk menempuhi dunia globalisasi yang semakin mencabar dan selari dengan pembangunan yang semakin pesat.

Lantikan Ahli jawatankuasa pada kali ini telah menampilkan ramai muka baru yang mana mereka merupakan ibubapa kanak - kanak Tabika KEMAS Taman Samudera bagi tahun 2016.

Jawatan bagi pengerusi pada tahun ini telah disandang oleh En. Mohd Rizan b Awang Kechik yang telah memegang  jawatan ini  selama 3 tahun berturut2.

Beliau sangat berharap semua Ahli jawatankuasa yang telah dilantik memberikan kerjasama dalam setiap aktiviti dan program yang telah dirancang kerana tanpa sokongan daripada ahli jawatankuasa dan ibubapa segala yang dirancang tidak akan dapat mencapai objektif yang disasarkan.

No comments:

Post a Comment