Thursday 10 March 2016

MAJLIS PERPISAHAN DAN MERAIKAN AJK TABIKA KEMAS TLDM

Majlis perpisahan & meraikan AJK TABIKA KEMAS TLDM 2015/2016
Tarikh : 9 Mac 2016
Masa : 8.30 mlm
Tempat : Kelab Rekreasi Tentera Laut (KRTEL)

Majlis ini diadakan bersempena perpisahan ajk tabika 2015 serta meraikan ajk 2016 yg baru dilantik pada mesyuarat agong tabika KEMAS TLDM pd 18 Feb yg lalu.

Majlis ini telah dihadiri oleh semua ajk yg terlibat termasuklah barisan ajk tertinggi iaitu pengerusi tabika komander Azahar bin Ngah Ahmad TLDM, naib pengerusi komander hj Sarkinin bin Hj Tokaichan tldm, peg. Koordinasi Mejar Dailami bin Zahari serta smua Pemaju Masyarakat dan PPMS tabika KEMAS TLDM Lumut.

Turut hadir memeriahkan lg majlis ialah Pegawai KEMAS Daerah Manjung En Norheazi Aswal bin Hj Norbani.

Majlis bermula pd jam 8.30 mlm dgn ucapan aluan pngerusi majlis di ikuti dgn ucapan pengerusi tabika dan pegawai KEMAS Manjung.

Acara majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati oleh pegawai KEMAS kepada semua ajk tabika 2015 sebagai tanda penghargaan selama mereka memegang jawatan.

Setelah itu jamuan makan dimulakan. Juga diadakan acara cabutan no bertuah sebanyak 20 cabutan. Majlis turut diserikan dgn persembahan karaoke terbuka yg disediakan di lokasi majlis.

Antara menu istimewa yg disajikan adalah seekor kambing bakar, live char kuey tiow, live ABC, ayam bakar, western conner dan pelbagai lagi menu tmbahan. Majlis bersurai sekitar 10.30 malam.

No comments:

Post a Comment