Friday 11 March 2016

GOTONG ROYONG TABIKA KEMAS BUKIT PERMATA KEARAH KEMAS BERIDENTITI BERSIH

Sabtu,12/3/2016 Gotong-royong perdana ditabika KEMAS Apartment Bukit Permata.Pada jam 8,30 pagi semua ibu bapa yang hadir di beri tugas oleh Pengerusi Tabika En Mohamad Hazanizan Bagi menjalankan gotong-royong.

Semua ibubapa diagihkan kepada 3 bahagian iaitu pembersihan kawasan luar tabika,bahagian dalam dan membuat sedikit miural.Setelah mendapat tugas masing-masing semua ajk dan ibubapa bersama-sama membersihkan tabika.

Ada dikalangan mereka yang menanam pokok,mencuci tingkap,membersihkan longkang dan sebagainya.Kerjasama daripada semua ibubapa dan ajk amat dihargai.Aktiviti selesai pada jam 10.30 pagi.

Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan ringan yang disediakan oleh tabika dan dibawa oleh ibubapa.

No comments:

Post a Comment