Tuesday 8 March 2016

SAMBUTAN HARI WANITA AKTIVITI KEMAS KG DERALIK

Pada 8/3/2016 jam 2.30 petang telah berlangsung Sambutan Hari Wanita Anjuran Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga Kg Deralik di Dewan Sek Agama Rakyat,Kg Deralik. Seramai 50 orang hadir memeriahkan majlis.

Turut serta Ketua Kampung,Kg Deralik En Zainal Abidin bin Mat Hasim, mantan tok sidang Tuan Hj Ramli bin Othman,Pn Hjh Rafiah bin Omar Ketua Wanita Cawangan Kg Sitiawan,Pn Hjh Norsahamah bt Hj Takie Ketua Wanita Kg Deralik merangkap Pengerusi Aktiviti Kelas KEMAS.

Program berlangsung dengan meriah bermula  dengan pemeriksaan kesihatan dari Kospen Kg Deralik dan simbolik Sambutan Hari Wanita iaitu acara memotong pulut kuning.

Program tamat pada jam 5 petang.

No comments:

Post a Comment