Tuesday 8 March 2016

MESYUARAT AGONG TABIKA KEMAS IPD MANJUNG

Mesyuarat Agung Tabika KEMAS IPD MANJUNG
Tarikh:19.2.2016
Masa  :3.30 ptg
Tempat:Tabika KEMAS IPD Manjung.

Mesyuarat agung Tabika KEMAS IPD Manjung telah diadakan pada 19.2.2016.Kehadiran ibubapa sangat memuaskan.Kepada ibubapa yang tidak dapat hadir kerana bertugas telah dimaklumkan kepada pihak guru .

Mesyuarat agung pada tahun ini telah dpengerusikan oleh pengerusi yang baru iaitu ASP Sulaiman Bin Raffin@Arifin yang telah menggantikan pengerusi lama yang telah bersara.Turut hadir bersama ialah wakil dari PERKEP ,Ustaz Saiful Bin  Zainal Abidin dari BAKA IPD yang memimpin bacaan doa serta wakil dari jabatan KEMAS  iaitu Ustszah Rafidah Binti Muhamad Penyelia Bina Insan yang memberi ucapan dan seterusnya merasmikan mesyuarat agung Tabika KEMAS IPD Manjung kali ini.

Diakhir ucapan penangguhan ini pengerusi berharap agar Ajk yang dilantik memberikan kerjasama yang baik bagi menjayakan program dan aktiviti yang telah dirancangkan.
Mesyuarat telah ditangguhkan jam 5.00 petang.

No comments:

Post a Comment