Sunday 13 March 2016

5S GOTONG ROYONG KEMAS BERIDENTITI BERSIH

Pada jam 8.00 pagi Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Manjung telah mengadakan gotong royong perdana.

Semua Unit terlibat mengadakan gotong royong di sekitar kelas mereka. Aktiviti dimulakan dengan senamrobik yang diadakan dilobi Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS selama 1/2 jam.

Seramai 50 ibu-bapa dan peserta setiap unit hadir. Pada jam 9.00 sarapan dihidangkan dan pada jam 9.30 pagi gotong royong bermula dengan membersihkan persekitaran luar, menanam pokok bunga dan sayur disekitar unit masing-masing. Gotong Royong berakhir pada jam 11.00 pagi.

No comments:

Post a Comment