Mesyuarat JKPP Bil 1/2016 telah diadakan pada 7 Januari 2016 di Dewan PKM Parlimen Lumut jam 2.30 petang.
Semua kakitangan KEMAS Parlimen Lumut telah hadir bagi mendengar amanat dan arahan yang disampaikan oleh Pegawai KEMAS Daerah Manjung En Nor Heazi Aswal bin Hj Norbani dan semua Penyelia pelbagai jurusan.
Banyak perkara dibincangkan dalam mesyuarat ini bagi memantapkan lagi gerak kerja berpasukan kepada seluruh anggota KEMAS Parlimen Lumut.
Dengan ada nya mesyuarat ini diharap semua anggota KEMAS Lumut dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik dan bertanggungjawab demi Agama Bangsa dan Negara.
Suntikan semangat kepada semua anggota KEMAS ini bertujuan menyerapkan rasa bertanggungjawab dan komited dalam menjalankan tugas yang diamanahkan dari masa kesemasa.
No comments:
Post a Comment