Majlis berlangsung dengan gilang gemilang dengan kehadiran Menteri Besar Perak dan isteri, YB Adun Pasir Panjang, Tuan Pegawai Daerah Manjung, YDP Daerah Manjung dan ketua2 jabatan bahagian Lumut.
Berlangsung pada 24 Januari 2016 tepat pada pukul 8.30 malam. Bermula dengan nyanyian Negara Ku dan Wanita UMNO.
Pelbagai acara yang menghiburkan telah menggamatkan suasana majlis. Turut menyerikan majlis dengan persembahan pakaian ala Korea telah dipersembahkan oleh pelajar2 dari UITM Seri Iskandar.
Tahniah kepada semua yang terlibat khas kepada Dr Azizah Johor Ketua Wanita UMNO Bahagian Lumut dan Naib Ketua Wanita Cik Sabariah Serta seluruh urusetia majlis AJK Wanita UMNO Bahagian Lumut kerana telah berjaya menjayakan majlis dengan penuh santai dan menghiburkan.
Terima Kasih kepada semua ketua2 jabatan yang hadir dan kepada penyumbang2 yang bermurah hati.
Majlis berakhir dengan cabutan nombor bertuah.
No comments:
Post a Comment