Sunday 12 January 2014

PROGRAM PEMERKASAAN EKONOMI NASIONAL (PENA)

Program Pemerkasaan Ekonomi Nasional ini telah berlangsung pada 11/1/2014 di Dewan Seri Iskandar UiTM Seri Iskandar jam 2.00 petang.

Program ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir Menteri Besar Perak pada jam 5.00 petang. 


Kehadiran yang mendapat sambutan diluar jangkaan ini, melibatkan pelbagai Agensi, Jabatan, NGO, Politik, JKKK, Sukarelawan dari seluruh Negeri Perak. Program ini mendapat sokongan dari semua lapisan masyarakat dan kaum.




Diantara pengisian yang ada dalam program ini ialah mengenai Badjet 2014 yang telah disampaikan oleh YB Dato' Hj Ahmad Bin Hj Maslan Timbalan Menteri Kewangan Malaysia. 



Hadirin begitu kusyuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Kewangan ini kerana mereka adalah diantara yang bakal membawa pulang ilmu mengenai badjet dan juga GST ini kepada masyarakat di kawasan masing-masing.

Dengan semangat yang begitu mengkagumkan ini, diharap wakil dari seluruh Negeri Perak ini akan dapat membawa amanat yang dipikul dengan sebaik nya kepada masyarakat.

Hadirin terhibur dengan senda gurau dari Dato' Hj Ahmad Maslan dimana beliau telah memanggil insan yang tertua yang ada didalam dewan. Insan yang bertuah ini telah dihadiahkan dengan senaskah buku yang ditulis oleh YAB Dato Najib Perdana Menteri Malaysia.

Pengisian yang kedua adalah mengenai GST. 
Diharap dengan adanya pendedahan awal mengenai GST ini, masyarakat akan dapat menerima baik apa yang telah diatur oleh kerajaan untuk kebaikan bersama.


KEMAS Parlimen Lumut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur kerana telah memberi ruang dan peluang kepada kami untuk menyertai program yang amat bermakna ini. 



Pada hari ini terdapat ramai nya anggota KEMAS dari seluruh Negeri Perak turut hadir dimana tidak ketinggalan juga Pengarah KEMAS Negeri Perak Encik Ahmad Kamal Idris Bin Nabawi turut hadir bersama dan menampakkan kehebatan KEMAS sebagai Jabatan yang sentiasa memberi komitmen didalam apa juga majlis dan program. 

No comments:

Post a Comment