Monday 19 October 2015

BENGKEL PENGHAYATAN PENDIDIKAN ISLAM KEMAS LUMUT

19 Oktober 2015 Bengkel Penghayatan Pendidikan Islam (PPI) kali Ke II telah diadakan di Dewan Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Parlimen Lumut.

Bengkel ini bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan dan memperkukuhkan pengetahuan sedia ada disamping menguji kemahiran PM Tabika berkaitan Pendidikan Islam.

Modul PPI terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Pendidikan Al-Quran dan Ibadah. PM Tabika di beri tugasan membentangkan Alat bantu mengajar (ABM) Huruf Hijaiyyah.

Peserta telah dibahagikan kepada 7 buah kumpulan iaitu kumpulan Annur Al-Istiqamah, Mariatun Ghibtiah, Fatimah Az-Zahra, Sumayyah, Zulaikha, Insyirah dan Rabiatul Adawiyah.

Bengkel ini telah dijalankan oleh fasilitator PPI dibawah bimbingan Ustazah Rafidah bt Mohamed, Penyelia Bina Insan KEMAS Parlimen Lumut.

TAHNIAH KEPADA SEMUA KUMPULAN
"MAN JADDA WA JADA"

No comments:

Post a Comment