Tuesday 20 October 2015

DEMONSTRASI CORNETTO ROYAL BLACK MEAT

20 Oktober 2015

Demonstrasi Masakan bertemakan minum petang, CORNETTO ROYAL BLACK MEAT.
Demonstrasi tersebut diadakan di kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) Teluk Gedung, Pangkor.

Demonstrasi tersebut melibatkan seramai 20 orang peserta kelas. Aktiviti dijalankan secara bergotong royong.

Pemaju Masyarakat Nur Rabiatul Nadzirah bt Yasmi telah membuat Demonstrasi ini dengan jaya nya.

CORNETTO ROYAL BLACK MEAT

Bahan kulit.

1 bungkus roti bonanza
24 batang lidi satay
2 senduk tepung gandum
1 cawan air
300 g serbuk roti
Minyak untuk menggoreng

Cara - cara
Canaikan Roti sehingga nipis( utk mengelakkan Roti serap minyak)
Gulung roti membentuk kon dan sematkan lidi satay srbagai kunci.

Bancuhkan tepung gandum bersama air (jgn terlalu pekat/ cair)
Celupkan roti dan gaulkan bersama serbuk roti.

Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan.
Angkat dan toskan.

Bahan untuk inti-

500 g daging cincang
500 ml air
1 batang lobak merah( potongan jejari halus)
( dipotong dadu)
1 biji bawang holland ( dipotong dadu)
2 biji tomato ( dipotong dadu)
1 cekak daun sup ( dihiris kasar)
3 - 4 sudu demi glace

Cara -cara

Panaskan air.Kemudian  masukkan daging.Renehkan daging. Bancuhkan drmi glace bersama 1 senduk air. Tuang kedalam periuk daging.Kacau sehingga air mengering.
Masukkan kesrmua bahan sampingan.Kacau dan tutup api.

Ambil daun salad masukkan kedalam kon..(jgn terlalu dalam)
Masukkan inti kedalam kon sehingga padat.

Boleh dimakan begitu sahaja atau disertakan bersama sos cili,mayonis dan thousand island.
1 biji cili benggala

No comments:

Post a Comment