Wednesday 21 October 2015

MESYUARAT KOMUNITI SIHAT PERKASA NEGARA KAMPUNG TELAGA NENAS

Program Pengurusan Berat Badan Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) mula dirancang untuk perlaksanaan pada tahun 2015 dan Kampung Telaga Nenas telah terpilih bagi menjalankan program ini bagi Daerah Manjung.

Program ini akan dilaksanakan oleh Sukarelawan, dibimbing oleh pasukan i-NCD Klinik dan pasukan i-NCD Daerah Manjung.

KEMAS Parlimen Lumut terlibat secara langsung dalam program ini dibawah naungan Pegawai KEMAS Daerah Manjung En Nor Heazi Aswal bin Hj Norbani.

Penyelaras KOSPEN diperingkat KEMAS Parlimen Lumut, Pn Rohani bt Alias telah turut serta dalam mesyuarat tersebut yang mana Sukarelawan dari kakitangan  KEMAS turut terlibat secara langsung dalam program ini nanti.

Objektif program ini adalah membantu peserta KOSPEN yang mempunyai faktor risiko berlebihan berat badan dan obesiti didalam mencapai berat badan unggul.

Diharap program yang sebegini akan dapat mengurangkan berat badan yang berlebihan disamping mencapai tahap berat badan yang unggul seperti yabg disarankan oleh Kementerian Kesihatan.

" BADAN SIHAT, OTAK CERGAS"

No comments:

Post a Comment