Pada hari selasa (17hb november 2015)
Tabika KEMAS PKM 2 telah mengadakan lawatan membuat cupcake di Kampung Dato Seri Kamaruddin.
Kanak-kanak yang terlibat seramai 17 orang beserta seorang cikgu Nawal Nabila bt A. Manan dan pembantu.
Kanak-kanak bertolak pada jam 8.30 dari Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS dengan menaiki van bas sekolah. Aktiviti bermula pada jam 9.00 pagi dengan taklimat dan demonstrasi cara-cara membuat cupcakes.
Kanak-kanak diberi peluang untuk mengadun bahan-bahan kek. Pada penghujung aktiviti, kanak-kanak diberi cupcakes setiap seorang untuk dibawa pulang.
Jelas terpancar diwajah kanak2 yang teruja kerana dapat mengadun sendiri cupcake hingga dapat merasai hasil adunan dari tangan mereka sendiri.
Setelah selesai kanak-kanak pulang pada jam 11.00 pagi.
No comments:
Post a Comment