Thursday 19 November 2015

LAWATAN SAMBIL BELAJAR TABIKA KEMAS TELUK KECHIL PANGKOR

19hb/11/2015. Tabika KEMAS Kg Teluk kechil mengadakan aktiviti lawatan sambil belajar dengan mengelilingi pulau pangkor.
Program ini di adakan pada waktu pagi bermula dari 8.30 sehingga 12.00 tghri.

Dengan menaiki 3 buah van kanak-kanak tbk di bawa melawat tempat bersejarah iaitu kota belanda, galeri pulau pangkor, tempat beribadah buddha tai foo long, kilang satay dan berenti mandi di Pasir Bogak.

Lawatan satu pulau di adakan bertujuan memberi pendedahan kepada murid tempat2 bersejarah di tempat mereka sendiri sebelum keluar melawat tempat di lain.

Kehadiran seramai 30 org murid dengan lebih kurang 20 org dewasa.. Selepas mengelilingi pulau, murid mandi beramai-ramai di pantai pasir bogak di ceria bogak resort.

Sebelum mandi murid di beri arahan supaya membina busut pasir setinggi yang boleh untuk pertandingan dalam 3 kumpulan, murid berjaya membina 2 busut.

Untuk pengetahuan, pasir baik untuk jari2 kanak-kanak supaya dapat memegang pensel dgn baik. Selepas selesai program, para ibu bekerjasama dalam membersihkan tempat.

Semangat kerjasama inilah harus d teruskan dalam permuafakatan dalam hubungan sesama manusia..

No comments:

Post a Comment