Tuesday 24 November 2015

Program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) JKKK Kampung Sitiawan

SITIAWAN - 7/11/2015 : Program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) anjuran JKKK Kampung Sitiawan dengan kerjasama KEMAS Daerah Manjung dan Klinik Kesihatan Sitiawan telah diadakan di Dataran Hujung Tanjung Kampung Sitiawan.



Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Manjung Tn Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip. berbagai acara dipertandingkan diantaranya adalah:

Pertandingan Mewarna
Pertandingan Memancing
Pertandingan Sepak Takraw
Pertandingan Memasak Kerabu Pucuk Paku
Sukaneka

Selain pertandingan tersebut terdapat juga acara senamrobik dan pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh sukarelawan yang terlatih.



Ketua kampung En Mohamad Bakhid bin Hj Alwi bersama AJK JKKK dan Sukarelawan telah bersama-sama bertungkus lumus bagi menjayakan program ini. Program yang bermula seawal pukul 7.30 pagi telah berakhir pada pukul 12.30 tengahari dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan. Pihak KEMAS Manjung telah diberi penghargaan dan dilantik sebagai pengadil pertandingan masakan.


Diharap program sebegini dapat dijalankan lagi bagi memeriahkan lagi kampung  yang terlibat. Tahniah kepada JKKK Kg Sitiawan, KEMAS Daerah Manjung dan Klinik Kesihatan Sitiawan kerana telah berjaya mengendalikan program dengan meriah dan jayanya.
Seramai 200 orang telah hadir di program ini dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan. 

"OTAK YANG SIHAT, LAHIR DARI KESIHATAN YANG BAIK"














No comments:

Post a Comment