Sunday, 1 November 2015

LAWATAN TABIKA KEMAS BT 15 LEKIR KE HOT SPRING

01 November 2015, Lawatan Pendidikan Tabika KEMAS Bt15 Lekir ke Sungkai Perak. Lawatan ini melibatkan seramai 49 orang termasuk kanak-kanak, ibubapa, AJK, PM Tabika dan PPMS.

Bas bertolak seawal 5.00 pagi,berhenti solat subuh dimasjid kemudian meneruskan perjalanan ke pasar pagi Sungkai disamping melihat keindahan matahari terbit disepanjang perjalanan.
Kami tiba di pasar pagi Sungkai tepat jam 7.30 pagi.

Terdapat beraneka juadah istimewa dipasar pagi selain sayur-sayur kampung yang jarang dijumpai ada disini. Pada jam 9.00 kami sampai di Felda Residents Sg. Klah, dimulakan dengan aktiviti sukaneka sebanyak 3 acara iaitu acara kacang ajaib, Trick balloons dan Sahutan alam. Kanak-kanak beserta ibubapa sangat teruja menyertai sukaneka tersebut.

Setelah acara sukaneka selesai, kami menikmati makan tengahari sebelum daftar masuk ke Kolam Air Panas, banyak tempat menarik terdapat disana diantaranya kolam air sejuk untuk kanak2 dan dewasa, susur terapi berbatu air panas, jakuzi selain zon kolam khas untuk  merebus telur difahamkan melebihi 100℃. Selesai bermandi manda, perjalanan diteruskan ke pusat jualan buah-buahan dipekan Bidor.

Setelah itu,kami  meneruskan perjalanan pulang dan tiba di Kampung Bt15 jam 8.30 mlm.

No comments:

Post a Comment