Monday, 2 November 2015

LAWATAN KE KILANG ROTI GARDENIA

29 oktober 2015. Lawatan Pendidikan Tabika KEMAS Kg. Teluk Dalam, Pangkor ke Selangor. Lawatan ini melibatkan seramai 50 orang termasuk kanak-kanak, ibubapa, ajk, pm tabika dan ppms. 

Bas bergerak seawal 12 pagi dan berhenti solat subuh di RnR Sungai Buluh kemudian meneruskan perjalanan ke Kilang Coklat Berlys, Serdang. 

Di sana kami diberi taklimat cara-cara menghasilkan coklat serta melihat pameran coklat disamping berpeluang membeli pelbagai jenis coklat keluaran Berlys. setelah itu, kami meneruskan perjalanan ke Muzium Coklat di Kota Damansara kira-kira jam 11.30 pagi untuk melihat pelbagai jenis coklat jenama antarabangsa. 

Di Muzium Coklat kami juga diberi penerangan dan demontrasi secara langsung cara menghasilkan coklat yg sedap dan merasa sendiri keenakan coklat yang telah dihasilkan.

Setelah itu kami bergerak ke Seksyen 7 utk mendaftar masuk di Hotel D'bayou. kami hampir kira-kira jam 3ptg dan makan tengahari dan berehat untuk menghilangkan penat setelah seharian perjalanan. Pada sebelah malam pula, kami bergerak ICity Shah Alam untuk melihat keindahan dan kecantikan lampu-lampu yang terdapat disana. 

Kami juga berpeluang mengunjungi 3D Art Meseum. Terdapat pelbagai bentuk dan gambar yang terdapat disana untuk diambil gambar mengikut kreativiti sendiri. setelah puas kami bergerak pula ke Ice Adventure utk merasai kesejukkan ais dengan menaiki keretapi. 

setelah itu kami pulang ke hotel. Keesokkan harinya pula iaitu pada 30 oktober 2015, kami ke GM Klang utk membeli belah dengan harga yang murah dan ianya sangat berbaloi. pada jam 12.00 tengahari kami bergerak ke Kilang Roti Gardenia di Shah Alam untuk melihat sendiri cara pembuatan roti yang dihasilkan.

 Ianya sangat menarik dan kanak-kanak juga sangat seronok dengan pengalaman baru yang sukar di dapati dan ianya amat memuaskan hati kami. setelah itu kami bergerak pulang ke Pulau Pangkor kira-kira jam 5 petang.

No comments:

Post a Comment