Sunday 29 November 2015

SUKANEKA SANTAI KELAS PKK KEMAS PARLIMEN LUMUT

Pada 29/11/2015 telah berlangsung Program Sukaneka Santai di Padang Bola Keranjang, Sitiawan.

Program yang bermula pada jam 8.30 pagi dihadiri oleh peserta-peserta dari 6  kelas  PKK yang mewakili Taman Desa Bayu, Fasa 3B, Kg Deralik, Kg Sitiawan, Taman Manikavasagam dan Taman Sri Batik.

Program berlangsung dengan pelbagai aktiviti diantaranya mewarna dewasa, gubahan buah juga congkak. Hampir 70 orang yang hadir memeriahkan program.

Turut hadir Pn Kamariah bt Long yang merupakan Penyelia PKEM.

Pegawai KEMAS Daerah Manjung En Nor Heazi Aswal bin Hj Norbani merasmikan penutupan program.

No comments:

Post a Comment