Wednesday 18 May 2016

KOMUNITI SIHAT PERKASA NEGARA

Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) di bawah seliaan KEMAS Lumut telah mendapat kepercayaan masyarakat di Kampung Dato Seri Kamaruddin dalam menjaga kestabilan kesihatan masyarakat disini. Selepas majlis pelancaran pada 14 Mei 2016 yang lalu di Dewan Kampung Dato Seri Kamaruddin, sekali lagi para sukarelawan menghadiri kursus untuk mengakses data-data penduduk di kampung ini yang telah membuat pemeriksaan. Data yang telah diakses akan dibuat pengesahan oleh Doktor Farah yang menjadi mentor kapada program ini. Kursus kali ini diadakan di RTC Felcra Gugusan Lekir di bawah anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Manjung.

No comments:

Post a Comment