Thursday 19 May 2016

LAWATAN KE BALAI BOMBA MEMBAWA IMPAK POSITIF KEPADA KANAK-KANAK TABIKA KEMAS

Pada 19 Mei 2016 , Khamis : Tabika KEMAS Kg Teluk Kechil telah berjaya mengadakan lawatan sambil belajar ke Balai Bomba Pulau Pangkor.  Seramai  29 orang murid telah hadir di hantar oleh ibu bapa masing-masing ke Balai Bomba seawal 8.30 pagi berkumpul di Dataran Kurma. Turut melibatkan diri Ahlijawatankuasa dan juga lebih kurang 10 orang ibu bapa hadir bagi melihat sendiri aktiviti yang di jalankan.
Murid-murid bersama guru dan pembantu sesama ketibaan di Balai Bomba Pulau Pangkor

Selepas memakai baju seragam Ahli Bomba
Pelbagai aktiviti yang telah di susun dan di persembahkan oleh anggota bomba bagi memastikan kanak-kanak Tabika KEMAS Kg Teluk Kechil gembira.   Aktiviti-aktiviti yang di lakukan ialah melawat sekitar Balai Bomba,  menaiki jentera bomba, aktiviti cara pemotongan besi, semburan air, demonstrasi kebakaran dan lain-lain lagi.   Hasil daripada lawatan sambil belajar ini mendapat banyak impak yang positif dari murid-murid serta ibu bapa.
Aktiviti semburan air 

Menaiki Jentera Bomba

Latihan kebakaran iaitu cara guling balak oleh murid di bimbing anggota bomba

No comments:

Post a Comment