Saturday 28 May 2016

MAJLIS PENUTUP PROGRAM COMBI SEMPENA KONVENSYEN COMBI DAN SAMBUTAN HARI DENGGI ASEAN PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2016.

28/5/2016 Majlis penutup program COMBI telah disempurnakankan oleh YB Dato' Rashidi bin Ibrahin Adun Pasir Panjang. Sepanjang program yang berlangsung bermula seawal 8.00 pagi ini, telah diadakan pelbagai aktiviti dan pertandingan.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah pemeran kesihatan dan tidak ketinggalan juga sukarelawan KOSPEN dari Kg Sitiawan telah turut serta sama-sama membantu bagi membuat saringan kesihatan kepada orang ramai.

Pertandingan mewarna dari kanak-kanak TABIKA KEMAS Manjung juga mengambil bahagian dalam program COMBIini. selain itu pertandian Lisan dan Poster juga diadakan mengikut daerah.

Gimik perasmian oleh pihak penganjur menggunakan Drone replika nyamuk yang begitu menarik sesuai dengan sambutan hari denggi.

Keputusan penuh telah diumumkan selepas majlis dirasmikan oleh YB Dato Rashidi bin Ibrahim.Ibubapa sangat berpuas hati dengan keputusan pengadil.

Hadiah bagi tempat pertama kategori 5 tahun dimenangi oleh adik Nor Khairunnisa Irdina bt Mohd Khairun Hafizin dari Tabika KEMAS Ipd Manjung.Hadiah bagi juara pada hari ini disampaikan oleh YB Dato Rashidi bin Ibrahim.
SUKARELAWAN KOSPEN KG SITIAWAN

PESERTA DARI SELURUH NEGERI PERAK

PENYELARAS KOSPEN KEMAS LUMUT BERSAMA PENGERUSI KOSPEN KG SITIAWAN

SUKARELAWAN KOSPEN KG SITIAWAN BERSAMA SUKARELAWAN KG DERALIK
SUKARELAWAN KOSPEN KG PUNDUT/LUMUT

No comments:

Post a Comment