Wednesday 18 May 2016

SI PENABUNG CILIK

Setiap hari kanak-kanak akan membawa sejumlah wang untuk di masukkan kedalam tabung yang di bawa sendiri oleh kanak-kanak. Tabung ini akan di simpan di dalam peti besi dan di kunci setiap hari ketika waktu pulang. Kempen menabung ini telah di jalankan selama hampir 5 tahun di TBK KEMAS Kg Dato Seri Kamaruddin. Setiap bulan pegawai dan kakitangan dari MBSB akan datang ke TBK untuk membuat kutipan dan di masukkan jumlah tabungan tadi ke dalam buku akaun kanak-kanak. Aktiviti ini tidak menjadi paksaan kepada ibu bapa kerana ada kanak-kanak yang telah membuka akaun di bank yang lain. Hasil daripada tabungan setiap hari ini akan di kumpul dan penabung yang terbanyak akan diberikan hadiah sewaktu majlis graduasi kanak-kanak pada bulan November nanti. Setakat ini ada kanak-kanak yang telah menabung sebanyak RM 1.350.00. Semoga amalan menabung ini akan menjadi ikutan hingga mereka dewasa nanti. INSYAALLAH.
#TANTANJEOPAH#

KANAK-KANAK MENGAMBIL TABUNG UNTUK DI BERI KEPADA KAKITANGAN MBSB YANG DATANG KE TBK UNTUK MEMBUAT KUTIPAN WANG TABUNGAN

HASIL TABUNGAN DI KUMPUL MENGIKUT NAMA SI PENABUNG CILIK DAN DI BAWA KE BANK UNTUK DIKIRA DAN DICETAK DI DALAM BUKU BANK

No comments:

Post a Comment