Thursday 19 May 2016

SUKANEKA TABIKA KEMAS TLDM DISAMBUT MERIAH

19.05.2016 Khamis,Tabika Kemas TLDM telah mengadakan SUKANEKA TAHUNAN di STADIUM TERTUTUP PANGKALAN TLDM LUMUT..Kehadiran VVIP iaitu Naib Pengerusi Tabika Kemas Tuan Sakinin b. Tokaichan dan Penyelia Kemas iaitu Puan Rohani bt. Yassin..Serta ibu bapa kanak-kanak..Acara dimulakan dengan nyanyian lagu negara ku dan lagu tabika kemas..Majlis dimulakan dengan bacaan ikra yang diketuai oleh adik Haris Danial dari Kelas lily..Seterusnya bacaan Doa dari ust Zamri..Ucapan dimulakan oleh dengan Penyelia Kemas dan Naib Pengerusi Tabika Kemas TLDM seterusnya merasmikan SUKANEKA TAHUNAN TABIKA KEMAS TLDM..

Acara yang dijalankan ialah lari berganti-ganti,bola pingpong dalam sudu,tarik bola dalam gelung dan junjung pundi kacang atas kepala untuk kanak-kanak 5 tahun dan 6 tahun..

Seterusnya penyampaian hadiah diberikan kepada semua pemenang untuk kanak-kanak 5 tahun dan 6 tahun..Bagi kategori kanak-kanak 5 tahun tempat pertama dimenangi oleh Kelas Kekwa,tempat kedua pula dimenangi oleh Kelas Mawar dan tempat ketiga dimenangi oleh Kelas Kenanga..Bagi kategori kanak-kanak 6 tahun pula tempat pertama dimenangi oleh Kelas Melur,tempat kedua dimenangi oleh Kelas Siantan dan tempat ketiga dimenangi oleh Kelas Dahlia..Kesemua pemenang mendapat hadiah sebuah hamper dan trofi..Selesai sahaja majlis penyampaian hadiah kanak-kanak diberikan makanan dan dibenarkan pulang..Majlis berakhir pada jam 11.30 pagi..

No comments:

Post a Comment