Saturday 21 May 2016

KARNIVAL KESIHATAN KOSPEN DAN KEMPEN DERMA DARAH

Karnival Kesihatan KOSPEN Dan Kempen Derma Darah telah diadakan pada 20 Mei 2016 iaitu pada hari jumaat bermula jam 7.30 pagi bertempat di Gelanggang Rakyat dan Dewan JKKK Kampung Batu 3, Segari. Program ini merupakan Anjuran KEMAS, Kesihatan, JKKK Kg Batu 3, Segari dan Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) Kampung Batu 3, Segari. Karnival ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat sekitar tentang pentingnya menjaga kesihatan diri dan keluarga. Pelbagai aktiviti yang telah diadakan seperti  senamrobik, berjalan sepuluh ribu langkah, derma darah, pemeriksaan kesihatan, timbang tinggi berat, ceramah kesihatan dan cara pemakanan melalui gaya hidup sihat. Tidak rugi untuk kita sebagai masyarakat yang mementingkan kesihatan untuk mengikuti program seperti ini dimana ianya adalah percuma... Jadi kepada semua masyarakat Malaysia marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan diri demi kelangsungan hidup yang lebih sempurna. Sekiranya di tempat anda juga terdapat program KOSPEN seperti ini ayuh jangan tunggu lagi... mari sama-sama kita meramaikan aktiviti yang berfaedah ini.


No comments:

Post a Comment