Tuesday 27 September 2016

HARI POTENSI PERINGKAT NEGERI PERAK 2016

Pada 24 September 2016 bertempat di PKM Gopeng pihak KEMAS Negeri Perak telah mengadakan Hari Potensi Peringkat Negeri Perak 2016 fasa 1 di mana hanya 6 acara sahaja yang di pertandingkan iaitu Bonekatangan, Kompang Berformasi, Pidato, Tilawah , Kanak-kanak Cemerlang dan Guru Inovatif.  Acara selebihnya fasa 2, akan  di adakan di ILK Seri Iskandar Pada 1 Oktober 2016.
Tabika KEMAS Taman Sri Wangi serta Tabika KEMAS Kg Sg Wangi telah mengambil bahagian di dalam pertandingan Bonekatangan mewakili Daerah Manjung.


Semasa persembahan

Usai persembahan dan memperkenalkan diri dan watak

Alhamdulillah, Bonekatangan dari Daerah Manjung telah mendapat naib juara peringkat Negeri Perak dari 10 daerah yang bertanding.  Johan Bonekatangan di menangi oleh Daerah Kinta.
Tahniah di ucapkan kepada kanak-kanak yang telah berjaya buat yang terbaik... Tahniah!!

Bergambar dengan Ketua Pengarah KEMAS Malaysia dan Pengarah KEMAS Perak

Hasil tangan membuat boneka sendiri 

No comments:

Post a Comment