Wednesday 31 August 2016

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 59 TAHUN

Pada tanggal 31 ogos 1957, Malaysia telah mencapai kemerdekaan dan pada hari ini negara kita yang tercinta telah pun mengecapi kemerdekaan selama 59 tahun. Demi mengingati dan menyemai sikap semangat cintakan negara dikalangan kanak-kanak, maka pada hari ini telah diadakan Sambutan Hari Kemerdekaan bersama Tabika KEMAS Zon Pangkor, Prasekolah sekitar Pulau Pangkor, Jkkk dan Komuniti Pulau Pangkor. Antara acara yang diadakan ialah Perarakan, petandingan gubahan bertemakan kemerdekaan, puisi dan tarian 1Malaysia. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak. Teruskan semangat cintakan negara demi kelangsungan generasi akan datang. MERDEKA!!MERDEKA!! MERDEKA!!
Terima Kasih Malaysia.

No comments:

Post a Comment