Wednesday 31 August 2016

LAWATAN PENDIDIKAN TABIKA KEMAS KAMPUNG TELUK DALAM, PANGKOR 2016

Pada 17-18 Ogos 2016, Tabika KEMAS Kampung Teluk Dalam, Pangkor telah mengadakan Lawatan Pendidikan ke Pulau Pinang selama 2 hari dan disertai seramai 30 orang. Antara tempat yang dilawati ialah Kidland, Upside Down, 3d dan Taman rama-rama. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang dunia sebenar dalam pekerjaan apabila dewasa kelak. Disamping itu kanak-kanak dapat memahami dan merasai kehidupan flora dan fauna yang sememangnya mereka belum pernah lihat sebelum ini. Oleh itu, aktiviti ini amat sesuai di adakan bagi memberi pengalaman baru kepada kanak-kanak khususnya dalam sistem pendidikan yang serba canggih lagi moden ini.

No comments:

Post a Comment