Tuesday 8 April 2014

AKTIVITI KELAB 3K BERSAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT SERI MANJUNG

LUMUT - 8 APRIL 2014  Aktiviti 3K dan Latihan Memadam Kebakaran telah diadakan di TBK KEMAS Fasa 3C, Seri Manjung dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Seri Manjung.





Angota bomba turut mengajar teknik BERHENTI, REBAH dan GULING sekiranya baju atau anggota tubuh badan kanak-kanak terbakar.


Selain itu, anggota bomba juga turut memeriksa tahap keselamatan di TABIKA terutama di bahagian dapur. Kanak-kanak juga turut diberi peluang menaiki jentera bomba, dan turut diberi peluang pendedahan bagaimana menggunakan hos bomba ketika memadam kebakaran.

Kedua-dua guru TABIKA terbabit, turut diajar bagaimana menggunakan pemadam api mudah alih atau 'fire extinguisher' dengan cara yang betul. Menurut kata Encik Abdul Aziz, selaku 'incharge' bagi Program 3K, guru di TABIKA menggalas tanggungjawab besar berkaitan keselamatan kanak-kanak. 


Dengan itu, guru perlu bersedia dan perlu mengetahui bagaimana menggunakan pemadam api dengan betul supaya langkah awal dapat diambil sekiranya berlaku kebakaran supaya dapat mengelakkan kebakaran merebak.



Sedikit cenderahati buat Encik Abdul Aziz dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Seri Manjung.

Akhir kata, ingatlah.. API SEMASA KECIL MANJADI KAWAN, BESAR MENJADI LAWAN.

No comments:

Post a Comment