Tuesday 8 April 2014

MESYUARAT JKPP & JKPAK KEMAS NEGERI PERAK

LUMUT- 7 April 2014   Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Dan Kewangan (JKPAK ) & Jawatankuasa Pengurusan Dan Pembangunan (JKPP) KEMAS Negeri Perak telah diadakan di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Parlimen Lumut,


Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah KEMAS Negeri Perak En Ahmad Kamal Idris Bin Hj Ahmad Nawawi.

 Turut hadir Timbalan Pengarah KEMAS Negeri Perak En Ali Hanafiah Bin Abu Hassan, Penolong- Penolong Pengarah KEMAS Negeri Perak, Pegawai KEMAS Daerah, Penyelia Kanan Parlimen, Pembantu Tadbir Daerah dan Pemaju Masyarakat Khas Parlimen.


Pengarah melahirkan rasa teruja kerana KEMAS Perak julung kali nya mengadakan mesyuarat mengggunakan laptop/notebook sebagai gantian kertas minit mesyuarat. 
  Agenda dimulakan dengan mesyuarat JKPAK yang disampaikan oleh En Azril. Pembentangan pertama mengenai Laporan Pengurusan Aset Suku Tahun Ke 1/2014. Kedua Laporan Pelupusan Aset sehingga 15/3/2014.
Ketiga Laporan Kehilangan/ Hapuskira.


Agenda seterusnya mengenai Pengurusan Kewangan yang disampaikan oleh En Ali Hanafiah bin Abu Hassan.

Mesyuarat ditangguhkan dengan kehadiran dan ucapanYB En Rashidi Bin Ibrahim ADUN Pasir Panjang .
 
Dalam ucapan beliau merakamkan Terima Kasih kepada semua warga KEMAS Negeri Perak Khas nya KEMAS Lumut, yang telah memberi kerjasama dan merancang dalam setiap program terutama bagi membantu kemenangan dalam PRU 13 yang lalu. Beliau mengharapkan sokongan yang berterusan sehingga ke PRU yang akan datang.



Pada jam 3.00 petang mesyuarat JKPP pula dijalankan yang dihadiri Pengarah, Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah, PKD, Penyelia Kanan Parlimen.

No comments:

Post a Comment