Friday 7 October 2016

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT KG BHARU

Pada 07 Oktober 2016 Tabika KEMAS Kg Bharu telah berjaya melibatkan diri dengan program kampung iaitu Hari Sukan Negara peringkat Kg Bharu.   Acara pada awalnya ialah senamrobik bersama orang dewasa dan juga kanak-kanak Tabika.  Lebih dari 7 acara telah di jalankan iaitu
1) Anak suap ibu makan coklat
2) Bawa bola di dalam sudu
3) Bawa bola menggunakan chopstick
4)  Isi air dalam cawan
5) Bawa getah dengan menggunakan penyedut minuman
6) Hantaran kaki bola berpasukan wanita
7) bola sepak lelaki

Bergambar kenangan 

Sebahagian yang bersama-sama bersenamrobik 

Senamrobik di awal perjalanan acara

Membawa getah menggunakan penyedut minuman (straw)

Kehadiran cukup memuaskan iaitu lebih kurang  40 kanak-kanak serta 30 orang dewasa.  Turut bersama memeriahkan program ini ialah penghulu mukim Lumut , Tok Sidang Kg Bharu serta Penyelia dari KEMAS iaitu Puan Rohani Alias.  Pemaju Masyarakat yang berjaya melibatkan diri dalam program ini ialah Puan Nor Shahidah Ahamad.  Tahniah.....


Acara bersama Ibu dan anak

Regangan badan di padang


No comments:

Post a Comment