Monday 1 April 2013

SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA 2013 PERINGKAT PARLIMEN LUMUT



Oleh : Wartawan Media KEMAS Lumut

LUMUT - 31 Mac 2013 bermula jam 8.00 pagi, bertempat di Dataran Muhibbah, Padang Astaka, Sitiawan diadakan Program Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Colum, yang melibatkan seramai 60 orang kanak-kanak dan 60 kumpulan bagi acara menghasilkan colum.
Pada jam 7.00 malam, majlis perasmian diadakan sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia 2013 Peringkat Kawasan Parlimen Lumut anjuran Parti Makkal Sakti Malaysia, Bahagian Lumut. Program ini telah dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Yang Berbahagia Datuk Rs. Thanenthiran Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, Yang Berhormat Dato Seri Kong Cho Ha Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Lumut, Yang Berbahagia Puan M.Sarojah Ketua Wanita Parti Makkal Sakti Malaysia Kebangsaan serta penduduk setempat dan orang ramai.
 Dalam program tersebut juga, persembahan untuk kaum wanita turut diadakan seperti tarian india, konsert yang melibatkan artis-artis India serta penyampaian hadiah bagi pertandingan mewarna dan pertandingan colum yang telah dijalankan.
 Seterusnya, ucapan perasmian oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir Menteri Besar Perak Darul Ridzuan Perak Darul Ridzuan. Antara pengisian di dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa apa yang rakyat telah kecapi dan dinikmati selama ini adalah daripada hasil perancangan dan juga perlaksanaan yang mampu diterjemahkan oleh kerajaan yang bertanggungjawab bagi memastikan kehidupan rakyat dalam pembelaan kebajikan yang terjaga dan kesejahteraaan rakyat sentiasa dalam perhatian pemimpin kerajaan kita.



Rakyat harus bersyukur dengan keamanan yang telah kita kecapi selama ini. Andai kita yang mengalami situasi seperti di Lahad Datu pasti kita akan lebih berterima kasih pada anggota keselamatan negara serta kerajaan yang telah berusaha memastikan keselamatan rakyat serta phihatin terhadap mereka.Program tamat pada jam 11.00 malam.

No comments:

Post a Comment