Wednesday 3 April 2013

"KEMBARA DEKATI RAKYAT" MERIAHKAN SUASANA PROGRAM

Oleh: Wartawan Media KEMAS Lumut

LUMUT - 30 Mac 2013 – Progam Mesra Rakyat sedang rancak di laksanakan di merata tempat sekitar kawasan Perak. Kali ini, “Program Kembara Dekati Rakyat” memasuki kawasan Kg Pasir Panjang Laut untuk menyempurnakan program yang telah diwar-warkan oleh kerajaan.
 Program yang dilaksanakan dari awal pagi melibatkan kanak-kanak TBK KEMAS dalam pertandingan mewarna dan  pertandingan gubahan sayuran serta masakan berasaskan ubi juga diadakan bagi penduduk kampung di kawasan Parlimen Lumut ini.
 Kehadiran Konvoi motor berkuasa tinggi oleh kakitangn KEMAS Negeri Perak seramai 50 buah motor telah menggamatkan suasana majlis. Konvoi yang diketuai oleh Pengarah KEMAS Negeri Perak, Tuan Ahmad Kamal Idris Bin Hj Nawawi menyatakan  peranan kerajaan mendekati rakyat dan KEMAS turun menemui  masyarakat kampung dan anak-anak.
 Beliau juga menyatakan Guru TBK KEMAS telah dinaik tarafkan pendidikannya kepada diploma demi menberi pendidikan terbaik untuk generasi akan datang.
Majlis ini di rasmikan oleh Setiausaha Sulit Menteri Besar Perak  iaitu En. Rashidi bin Ibrahim. Dalam ucapan beliau menyatakan “Anakku Permata Hatiku” dan lirik lagu KEMAS yang didendangkan menceritakan betapa murni nya tanggungjawab kakitangan KEMAS dan mereka telah dapat menunaikan tanggung jawab itu dengan sempurna.

 Beliau juga mengingatkan hadirin berkenaan isu di Lahad Datu, moga dijadikan iktibar dan meminta masyarakat berfikir mana yang benar dan mana yang palsu untuk Agama, Bangsa dan Negara demi generasi akan datang. 

Tambah beliau lagi “Bulatkan Hati tekadkan semangat untuk kekal menyokong Barisan Nasional”  Itulah kata-kata penyuntik semangat Warga KEMAS dan seluruh penduduk kampung yang hadir.

No comments:

Post a Comment