Saturday 23 March 2013

PERASMIAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT AL-KHAIRIAH TELOK MUROH

 Oleh: Wartawan Media KEMAS Lumut



TELUK MUROH- 22 Mac 2013 bermula jam 3.30 petang, bertempat di Jalan Teluk Batik, Teluk Muroh telah di adakan Majlis Perasmian Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Khairiah dan Tadika Islam Al- Abrar. Sekolah ini telah beroperasi pada Januari 2012 dimana telah menempatkan seramai 261 orang murid Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Khairiah dan kanak-kanak Tadika Islam Al-Abrar seramai 253 orang murid, Sekolah ini juga merupakan sekolah yang tercalon sebagai sekolah yang terbaik di dalam Daerah Manjung.


 Majlis perasmian ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha En Rashidi Bin Ibrahim Setiausaha Sulit Khas YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Dalam ucapan beliau telah menyampaikan kiriman salam Yang Amat Berhormat Dato Seri DiRaja Zambry Bin Abd Kadir. Yang Berusaha En Rashidi  juga mengalu-alukan kedatangan Yang Berhormat Dato Seri Kong Cho Ha, beliau juga berterima kasih kepada Puan Hjh Khadijah Bt Zainuddin  kerana telah mewakafkan tanah untuk mendirikan sebuah Sekolah Rendah Agama Rakyat.

 Antara pengisian di dalam ucapan majlis perasmian ini, beliau telah menyatakan bahawa apa yang rakyat telah kecapi dan dinikmati selama ini adalah daripada hasil perancangan dan juga perlaksanaan yang mampu diterjemahkan oleh kerajaan yang bertanggungjawab bagi memastikan kehidupan rakyat dalam pembelaan kebajikan yang terjaga dan kesejahteraaan rakyat sentiasa dalam perhatian pemimpin kerajaan kita. 

Hasil daripada perancangan yang teliti pihak kerajaan, rakyat telah dapat menikmati kehidupan, bukan sahaja di dalam bidang keagamaan tetapi daripada secara keseluruhan bidang kehidupan, yang ada di dalam kehidupan seharian kita. Beliau juga menyatakan usaha yang dilakukan kerajaan adalah untuk memastikan setiap lapisan rakyat dan masyarakt dapat pembelaan termasuklah pendidikan agama melalui hasil pimpinan pemimpin yang bertanggungjawb. Beliau juga mendoakan agar anggota keselamatan kita yang berada di Lahad Datu Sabah selamat dan semoga negara kita kembali aman dan stabil. 

 Diakhir ucapan beliau juga berharap agar Yang amat Berhormat Dato Seri Kong Cho Ha dapat memberikan sumbangan kepada Sekolah Rendah Agama Al-Khairiah, beliau juga memaklumkan Yang Amat Berhormat Dato Seri Zambry Bin Abd Kadir telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM50,000 bagi kegunaan perlaksanaan pentadbiran Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Khairiah . 


Majlis Perasmian ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Dato Seri Kong Cho Ha merangkap Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap ahli parlimen Lumut, 


No comments:

Post a Comment