Friday 22 March 2013

PROGRAM WALKABOUT YAB MENTERI BESAR PERAK KE SG TIRAM


 PROGRAM WALKABOUT YAB MENTERI BESAR PERAK KE SG TIRAM

Oleh: Wartawan Media KEMAS Lumut


Lumut 9 Mac 2013 – Program Lawatan kerja (Walkabout) YAB Menteri Besar Perak ke DUN Pasir Panjang. Dalam lawatan tersebut, Menteri Besar Perak telah merasmikan Majlis Pecah Tanah, Projek bina baru Surau Haji Lot Kg Sungai Tiram Lekir. Beliau telah meluluskan peruntukan bagi membina surau baru yang bernilai RM400,000. Surau tersebut lengkap dengan Seni Ukir Melayu Perak serta boleh memuatkan sekitar 200 orang jemaah dalam satu masa. Kelengkapan juga disediakan bagi memudahkan orang tua dan OKU.

                                       


Selain itu beliau juga telah meluluskan peruntukan yang bernilai RM150,000 bagi membaikpulih Jeti Nelayan di Ban Sungai Tiram. Jalan di Tebuk Bidan juga akan dinaik tarafkan mengikut peruntukan yang sebenarnya nanti.


Beliau turut mengarahkan pihak JPS membuat penilaian agar system air/ perparitan lebih mudah mengalir dan tidak bertakung. Ini bertujuan untuk mengelakkan dari masalah banjir dan membaiki saliran di kampung tersebut.
Seterusnya beliau juga telah meluluskan peruntukan bernilai RM500,000 untuk membina Dewan Serbaguna Arena Square yang lengkap berbumbung berhampiran padang Futsal.

                                        

Dalam ucapan beliau menyarankan, supaya semua penduduk kampung ini dapat bekerjasama dan bantu membantu dalam apa juga aktiviti dan muafakat dalam menjalinkan hubungan yang baik di kampung ini. Beliau juga berharap supaya pihak Pejabat Tanah dapat memastikan status tanah untuk dibuat projek perumahan untuk generasi kedua. 

                                         

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Pegawai Daerah Manjung Tn Hj Zamari bin Mohd Ramli, YDP Daerah Manjung Dato Zamri bin Man, Pengarah KEMAS Negeri Perak En Ahmad Kamal Idris bin Hj Nawawi, AJK UMNO 4 peringkat, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua kampung, Penghulu Mukim dan seluruh penduduk kampung. 


                                  


No comments:

Post a Comment