Showing posts with label UNIT PEMBANGUNAN MASYARAKAT. Show all posts
Showing posts with label UNIT PEMBANGUNAN MASYARAKAT. Show all posts

Thursday, 28 March 2013

KURSUS JAHITAN KREATIF KEMAS LUMUT

Oleh: Wartawan  Media KEMAS Lumut

LUMUT – 27 Mac 2013 telah bermulanya “Kursus Jahitan Kreatif” Pendidikan Kesejahteraan Keluarga KEMAS Parlimen Lumut  dan berakhir pada 28 Mac 2013. Kursus ini memberi peluang kepada peserta kelas PKK dan masyarakat tempatan untuk mengikuti kursus Jahitan Kreatif yang boleh dijadikan punca pendapatan masyarakat tempatan disamping memastikan jahitan kreatif dikenali dan diwarisi tidak akan pupus.

En Nor Heazi Aswal Bin Hj Norbani selaku Pegawai KEMAS Daerah Manjung telah berkenan merasmikan majlis penutupan kursus tersebut. Beliau telah menggalakkan kepada semua peserta agar meningkatkan tahap ekonomi dan pendapatan mereka melalui jahitan kreatif ini.

Tegas beliau lagi “Dalam Negara yang aman seperti Malaysia kita rakyat harus bersyukur dengan keamanan yang telah kita kecapi selama ini”. Beliau juga menekankan isu yang berlaku di Lahad Datu. Beliau turut menyeru orang ramai untuk menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk keluar mengundi pada hari mengundi nanti. 

Diakhir program peserta telah menerima sijil penyertaan dan telah mendapat setiap hasil kerja kreatif mereka.







DEKLAMASI SAJAK PUSAT SUMBER KEMAS 2013




Oleh: Wartawan Media KEMAS Lumut

LUMUT – 22 Mac 2013 bertempat di Pusat Sumber KEMAS Parlimen Lumut satu program  Deklamasi Sajak yang bertemakan perjuangan bangsa telah berjalan bermula jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.



Puan Jamaliah Bt. Hassan selaku Penyelia Kanan KEMAS  Lumut telah merasmikan program tersebut. Dalam ucapan beliau telah menekankan isu-isu pergolakan Negara yang berlaku pada masa sekarang contohnya isu pencerobohan Lahat Datu, Sabah.


Program tersebut diadakan  bertujuan untuk mengingati para perjuang Negara yang terkorban dan menyanjungi jasa mereka bagi mempertahankan Negara yang tercinta.  Selain itu, peserta yang kebanyakan terdiri daripada golongan Remaja dan belia sentiasa diingati agar menghargai betapa pentingnya sama-sama menjaga keamanan Negara agar tiada pertumpahan darah seperti apa yang berlaku sekarang di Lahat Datu.   

 Aktiviti ini juga bagi menyungkil bakat tersendiri, dalam diri peserta untuk diketengahkan.


Turut menghadiri program Deklamasi Sajak adalah Kanak-kanak TASKA PERMATA yang merupakan  tetamu paling muda yang hadir.  Program ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada mereka melihat sendiri dengan lebih dekat cara sajak  disampaikan.



Dari pelbagai sudut sekalipun, kita hendaklah sentiasa saling ingat mengingati supaya lebih bijak menilai yang mana baik atau buruk dan seterusnya memahami dengan jelas “Watasiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” yang diperkatakan pada masa sekarang.


Sunday, 24 March 2013

DEMONSTRASI MASAKAN DAN SEMBANG PETANG (PTSR)

Oleh: Wartawan Media KEMAS Lumut
LUMUT – 17 Mac 2013 jam 3.00 petang bertempat di Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga Kampung Batu 15 Lekir telah diadakan “Demonstrasi Masakan Keow Gulung dan Sembang Petang”. 





Program ini bertujuan untuk  memberi pendedahan kepada penduduk setempat agar mereka dapat mempelajari ilmu masakan walaupun berada jauh dari bandar. 









Demonstrasi ini melibatkan 20 orang peserta terdiri dari peserta kelas PKK dan pengundi di kawasan tersebut. Pemudahcara Cik Nur Rabiatul Nadzirah bt Yasmi telah memberi tunjuk ajar dan tip-tip yang boleh dipraktik kan oleh peserta-peserta.
 


  


Sembang petang telah disampaikan oleh Pn Jamaliah bt Hassan Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Lumut. Beliau telah menerangkan mengenai Budjet 2013, BRIM, PTPTN, Baucer KARISMA dan berbagai lagi kemudahan yang telah kerajaan laksanakan untuk rakyat dalam menepati janji kerajaan kepada rakyat semua. 
                                   




Program ini turut disertai oleh Pn Tusiah bt  Mohamed Jaafar selaku AJK Wanita UMNO Bahagian Lumut merangkap Ketua Wanita UMNO Cawangan Batu 15 Lekir dan Ahli Jawatankuasa kampung.