Lumut~ 11 Disember 2015 bertempat di Kelas PKK KEMAS Kg Batu 10 Lekir telah berlangsung nya Program Dasar Negara dan Pertandingan Aspek Wanita Kelas PKK yang mengabungkan 10 buah kelas yang terdiri dari 3 orang guru iaitu Pn Saodah bt Ahmad, Pn Nurul Faezah bt Abd Rahman dan Cik Masitah bt Ahmad.
Turut Hadir Pegawai KEMAS Daerah Manjung En Nor Heazi Aswal bin Hj Norbani, Ketua Kg Bt 10 Lekir dan Ketua Kg Batu 14 Lekir.
Penceramah jemputan Ustaz Hairul dari Biro Penerangan UMNO Bahagian Lumut telah memberi ceramah didalam program tersebut.
Kehadiran yang menggalakkan dari peserta dan penduduk setempat diluar jangkaan memberi semangat kepada semua urusetia yang terlibat.
Diharap program sebegini terus memberi impak yang baik kepada semua lapisan masyarakat dan sebagai suntikan semangat kepada semua yang terlibat.
No comments:
Post a Comment