Sunday 23 November 2014

PROGRAM KOMUNITI SIHAT PERKASA NEGARA(KOSPEN) KG PUNDUT/LUMUT

LUMUT 22/11/2014 - Program KOSPEN telah dapat dilaksanakan dengan jaya nya. Program ini dengan kerjasama KEMAS LUMUT dan KESIHATAN SITIAWAN telah dapat merapatkan silatulrahim antara agensi kerajaan dan masyarakat kampung.

Dengan usahasama JKKK Kg Pundut ini, pemeriksaan kesihatan telah dapat dijalan kan oleh Sukarelawan yang telah dilantik dan dilatih sebelum program berlangsung.

Seawal 7.30pg kelihatan penduduk kampung telah mula keluar bagi memeriahkan lagi program.

Tepat pada pukul 8.00 pg senamrobik pun bermula yang dikendalikan oleh pihak kesihatan. Setelah itu, jalan 10.000 langkah dijalan kan melibatkan kawasan dalam perkampungan tersebut.

Pada pukul 10.00pg ceramah kesihatan pula mengambil bahagian yang bertajuk Pemakanan Seimbang dan sihat untuk keluarga. Penduduk kampung ini telah berpeluang mengenali jenis pemakanan sihat untuk keluarga bagi menjadikan keluarga bahagia tanpa penyakit.

Disamping itu saringan kesihatan juga dijalankan bagi mempastikan kesihatan mereka dapat dikawal dari awal dan saringan ini akan berterusan dari masa kesemasa.

Selain itu pertandingan masakan makanan seimbang juga diadakan. Bagi memeriahkan lagi program ini, sukaneka yang melibatkan semua lapisan masyarakat dijalankan.

Program berakhir pada pukul 12.30 tgh dan perasmian penutup telah disempurnakan oleh Penghulu Mukim Lumut.

No comments:

Post a Comment