Tuesday 18 November 2014

LAWATAN KANAK-KANAK TABIKA KEMAS MANJUNG POINT IPD DAN PADANG TEMBAK

Pada 28/10/2014 Lawatan Pendidikan Tabika KEMAS zon Samudera ke Taiping dan Ipoh.
Terdiri dari TBK Mjg Point kelas 1,2,3,5,Teratai 2/IPD dan Pdg Tembak.Semua kanak-kanak Tabika berkumpul dikelas masing-masing pada jam 7.00 pagi.


Seramai 140 orang kanak-kanak,14 orang PM/PPMS dan AJk 38 orang dgn menaiki 5 buah bas persiaran Yellow Trading.7.30 pagi bas bergerak ke Taiping dan tiba ke distinasi pertama siri lawatan ke muzium perak jam 9.15pagi disambut oleh pengurusan muzium.


Semua kanak-kanak diringi PM/PPMS dan AJK mengikut kelas.Kanak-kanak masuk percuma dan dewasa dikenakan bayaran rm 2.00 seorang.selama 1 jam berada dimuzium.


Kanak-kanak berasa gembira dan teruja dpt melihat khazanah habitat haiwan /kehidupan manusia dimasa lalu.10.20 pagi bas bergerak ke zoo dan memasukinya pada jam 10.45 pg dgn bayaran setiap kanak-kanak rm 6.00 dan dewasa rm 11.00 setelah diskaun 30%.


Semua kanak-kanak menaiki keretapi mengikut kelas.sepanjang perjalanan pemandu keretapi memberi penerangan setiap habitat kehidupan haiwan sambil menjelas haiwan liar/jinak dalam negara dan luar negara selama 2 jam berada dizoo..


semua kanak -kanak sangat gembira.12.30  tengahari keluar dari zoo utk makan tengahari dipinggiran taman tasek.menu nasi putih, ayam masak masam manis,sayur kobis, buah tembikai dan air meneral.Jam 1.30 singgah dimasjid daerah Taiping untuk solat zohor.


Jam 2.00 petang bas bergerak ke Ipoh melalui Lebuhraya cangkat Jering...kanak-kanak dapat menikmati keindahan alam semula jadi sepanjang perjalanan dan selamat sampai diLapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh pada jam 3.50 petang disambut oleh pihak pengurusan AirPort.


Terlebih dahulu kunjungan kami diberi taklimat mengenai pesawat -pesawat yang mendarat /berlepas dari Air port Ipoh.kemudian dibawa masuk bilik vvip dan seterusnya menunggu ketibaan pesawat pada jam 4.20 ptg semua kanak -kanak dpt melihat melalui jendela bilik vvip.



secara tidak langsung sepanjang lawatan ini kanak -kanak berasa sangat gembira,ceria da n teruja.



Jam 6.00 petang kami semua menaiki bas untuk pulang...semasa dalam bas kanak-kanak disajikan roti coklat berkrim dan air kotak.selamat sampai diTabika pada jam 7.15 malam.

No comments:

Post a Comment