Thursday 14 May 2015

DEMONSTRASI MEMBUAT PELBAGAI JENIS ROTI

KEMAS Lumut 10 Mei 2015 jam 8.30 pg hingga 5.00 ptg telah berjaya mengadakan aktiviti pelbagai jenis roti bersama Jawatankuasa Perancang Penduduk ZON 6 (JPP) dibawah Biro Wanita yang dipengerusikan oleh Pn Rohani bt Alias.

Program telah berjaya direalisasikan di Pusat Masakan KEMAS Lumut yang telah dirasmikan oleh Pengerusi JPP Zon 6 Tn Hj Jayah bin Said.

Terima kasih kepada En Madisa selaku Setiausaha JPP Zon 6 ini, yang telah berusaha bersungguh-sungguh membantu Biro Wanita sehingga berjaya mencapai kehadiran peserta seramai 35 orang.

Pengerusi JPP Zon 6 telah menyumbang peruntukan sepenuh nya disamping mendapat bantuan sumbangan dari AJK JPP Zon 6 En Azhar.

Demonstrasi oleh Pn Norhayati bt Ali tenaga pengajar bagi program ini.

Semoga dengan sumbangan yang diberi dengan ikhlas hati ini, Allah memberkati program dan permudahkan segala urusan dunia akhirat kepada penyumbang program ini.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil dan cenderahati kepada semua peserta.

Terima Kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

No comments:

Post a Comment