Wednesday, 3 April 2013

"KEMBARA DEKATI RAKYAT" MERIAHKAN SUASANA PROGRAM

Oleh: Wartawan Media KEMAS Lumut

LUMUT - 30 Mac 2013 – Progam Mesra Rakyat sedang rancak di laksanakan di merata tempat sekitar kawasan Perak. Kali ini, “Program Kembara Dekati Rakyat” memasuki kawasan Kg Pasir Panjang Laut untuk menyempurnakan program yang telah diwar-warkan oleh kerajaan.
 Program yang dilaksanakan dari awal pagi melibatkan kanak-kanak TBK KEMAS dalam pertandingan mewarna dan  pertandingan gubahan sayuran serta masakan berasaskan ubi juga diadakan bagi penduduk kampung di kawasan Parlimen Lumut ini.
 Kehadiran Konvoi motor berkuasa tinggi oleh kakitangn KEMAS Negeri Perak seramai 50 buah motor telah menggamatkan suasana majlis. Konvoi yang diketuai oleh Pengarah KEMAS Negeri Perak, Tuan Ahmad Kamal Idris Bin Hj Nawawi menyatakan  peranan kerajaan mendekati rakyat dan KEMAS turun menemui  masyarakat kampung dan anak-anak.
 Beliau juga menyatakan Guru TBK KEMAS telah dinaik tarafkan pendidikannya kepada diploma demi menberi pendidikan terbaik untuk generasi akan datang.
Majlis ini di rasmikan oleh Setiausaha Sulit Menteri Besar Perak  iaitu En. Rashidi bin Ibrahim. Dalam ucapan beliau menyatakan “Anakku Permata Hatiku” dan lirik lagu KEMAS yang didendangkan menceritakan betapa murni nya tanggungjawab kakitangan KEMAS dan mereka telah dapat menunaikan tanggung jawab itu dengan sempurna.

 Beliau juga mengingatkan hadirin berkenaan isu di Lahad Datu, moga dijadikan iktibar dan meminta masyarakat berfikir mana yang benar dan mana yang palsu untuk Agama, Bangsa dan Negara demi generasi akan datang. 

Tambah beliau lagi “Bulatkan Hati tekadkan semangat untuk kekal menyokong Barisan Nasional”  Itulah kata-kata penyuntik semangat Warga KEMAS dan seluruh penduduk kampung yang hadir.

Monday, 1 April 2013

HALAQAH - BACAAN YA SIN



Oleh: Wartawan  Media KEMAS Lumut

Pada 27.3.2013 Program Halaqah telah diadakan di Taman Terus Maju.Majlis bermula dengan ucapan aluan Penyelia Bina Insan KEMAS Parlimen Lumut, terima kasih kepada Pn Hajjjah Raminah  yang sudi menerima tetamu untuk majlis Ya Sin pada hari ini.Majlis dimulakan dengan alunan Selawat  zikir munajat dan Asmaul Husna.
Majlis Ya Sin dikhalifahkan oleh Ustazah Raihan Bt Ab Ghani PM Bina Insan KEMAS Lumut. Tujuan majlis Ya Sin ini adalah untuk memohon keberkatan dari Allah dan pahalanya kita sedekahkan kepada Junjungan Besar Nabi Muhamad serta para Arwah ibu bapa, guru-guru dan para syuhada yang telah berjuang mempertahankan agama, bangsa dan Negara dari ancaman musuh.
Setelah selesai membaca Ya Sin Ustazah Rafidah Bt Mohamed telah menyampaikan tazkirahnya berkaitan dengan hukum hudud  secara asasnya dari segi pengertian dan rukun-rukun di dalam hukum tersebut. Para peserta kena membuka minda dan mengetahui apakah yang dikatakan hukum hudud itu,kerana rata-ratanya kita beranggapan bahawa hukum hudud, ini  apabila mencuri, kena potong tangan.Tetapi sebenarnya hukum ini memerlukan penjelasan yang luas agar semua peserta faham mengenai hukum ini.
Dari hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dalam buku Fiqh Syafii jilid 2 menjelaskan


Ertinya Dari :“Aisyah r.a ia berkata :Telah bersabda Rasulullah s.a.w “Apakah engkau akan membela membatalkan hukuman dalam perkara sesuatu hudud dari hudud Allah?”(Riwayat Bukhari dan Muslim ms 456)
Dari hadis ini dapatlah satu pengertian bahawa hukum had ini adalah merupakan HAK ALLAH yang tidak dapat dimaafkan dan dihapuskan oleh manusia.

Hukum Ini dari Allah manusia hendaklah menerimanya Namun demikian untuk menjatuhkan hukuman had ini ini haruslah diketahui lebih dahulu unsur-unsur dan rukunnya,antaranya termasuk didalamnya jenayah Murtad,jenayah penyammunan,jenayah pemberontakan,jenayah perzinaan,jenayah qazaf,jenayah pencurian,jenayah minum arak.Setiap jenayah ini ada cara hukumanya.Perkara yang amat penting untuk didilaksanakan hukum ini hendaklah ada bukti yang kukuh dan tidak ada keraguan,perlu ada bukti yang kukuh,seperti saksi,pengakuan,surat menyurat serta lain-lain yang boleh meyakinkan hukum ini dapat dilaksanakan.

Di Malaysia setiap pesalah yang didapati bersalah dan terbukti bersalah  pihak Mahkamah dan Hakim akan menjatuhkan hukuman ke atas mereka .Kita tidak membiarkan pesalah bebas ,jika terbukti, mereka bersalah hukuman yang diterima adalah berdasarkan kepada undang-undang yang telah digubal oleh jabatan Kehakiman dan hukuman ini juga ada kaitan hukum Had Allah..
Oleh itu dinasihat kepada peserta agar mendalami ilmu pengetahuan dalam semua bidang agar apa yang kita dengar dalam isu isu semasa berkaitan  hukum hudud ini dapat difahami sebenarnya dan tidak keliru .Diakhiri dengan waslamualaikum Warahmatullahi wabarokatuh.

PERASMIAN MINI RTC DAN GELANGGANG FUTSAL FELCRA LEKIR



Oleh: Wartawan Media KEMAS Lumut

LUMUT – Program Pemimpin Bersama Masyarakat serentak dengan Pelancaran Mini RTC dan Perasmian Gelanggang Futsal Felcra Lekir yang diadakan di Felcra Lekir telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Kong Cho Ha, Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Lumut pada 30 Mac 2013 yang lalu.
 Dalam ucapan perasmiannya,  beliau mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Seri Shafie Afdal kerana telah menepati janjinya pada tahun lepas ketika mengadakan lawatan ke Felcra Lekir untuk membina sebuah gelanggang futsal di Felcra Lekir ini. 



 Acara yang diadakan pada hari tersebut adalah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun, sukaneka keluarga, futsal, pertandingan lipatan kain, teka biji Sawit dan juga cabutan nombor bertuah.  Pertandingan halaman tercantik juga telah diadakan dan hadiah untuk pemenang telah diberi pada tersebut. 






 Beberapa jabatan kerajaan juga telah mengambil bahagian dalam pameran seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Veteriner, Jabatan Pengangkutan Jalan, dan Jabatan Penerangan.

SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA 2013 PERINGKAT PARLIMEN LUMUT



Oleh : Wartawan Media KEMAS Lumut

LUMUT - 31 Mac 2013 bermula jam 8.00 pagi, bertempat di Dataran Muhibbah, Padang Astaka, Sitiawan diadakan Program Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Colum, yang melibatkan seramai 60 orang kanak-kanak dan 60 kumpulan bagi acara menghasilkan colum.
Pada jam 7.00 malam, majlis perasmian diadakan sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia 2013 Peringkat Kawasan Parlimen Lumut anjuran Parti Makkal Sakti Malaysia, Bahagian Lumut. Program ini telah dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Yang Berbahagia Datuk Rs. Thanenthiran Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, Yang Berhormat Dato Seri Kong Cho Ha Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Lumut, Yang Berbahagia Puan M.Sarojah Ketua Wanita Parti Makkal Sakti Malaysia Kebangsaan serta penduduk setempat dan orang ramai.
 Dalam program tersebut juga, persembahan untuk kaum wanita turut diadakan seperti tarian india, konsert yang melibatkan artis-artis India serta penyampaian hadiah bagi pertandingan mewarna dan pertandingan colum yang telah dijalankan.
 Seterusnya, ucapan perasmian oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir Menteri Besar Perak Darul Ridzuan Perak Darul Ridzuan. Antara pengisian di dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa apa yang rakyat telah kecapi dan dinikmati selama ini adalah daripada hasil perancangan dan juga perlaksanaan yang mampu diterjemahkan oleh kerajaan yang bertanggungjawab bagi memastikan kehidupan rakyat dalam pembelaan kebajikan yang terjaga dan kesejahteraaan rakyat sentiasa dalam perhatian pemimpin kerajaan kita.



Rakyat harus bersyukur dengan keamanan yang telah kita kecapi selama ini. Andai kita yang mengalami situasi seperti di Lahad Datu pasti kita akan lebih berterima kasih pada anggota keselamatan negara serta kerajaan yang telah berusaha memastikan keselamatan rakyat serta phihatin terhadap mereka.Program tamat pada jam 11.00 malam.

Thursday, 28 March 2013

KURSUS JAHITAN KREATIF KEMAS LUMUT

Oleh: Wartawan  Media KEMAS Lumut

LUMUT – 27 Mac 2013 telah bermulanya “Kursus Jahitan Kreatif” Pendidikan Kesejahteraan Keluarga KEMAS Parlimen Lumut  dan berakhir pada 28 Mac 2013. Kursus ini memberi peluang kepada peserta kelas PKK dan masyarakat tempatan untuk mengikuti kursus Jahitan Kreatif yang boleh dijadikan punca pendapatan masyarakat tempatan disamping memastikan jahitan kreatif dikenali dan diwarisi tidak akan pupus.

En Nor Heazi Aswal Bin Hj Norbani selaku Pegawai KEMAS Daerah Manjung telah berkenan merasmikan majlis penutupan kursus tersebut. Beliau telah menggalakkan kepada semua peserta agar meningkatkan tahap ekonomi dan pendapatan mereka melalui jahitan kreatif ini.

Tegas beliau lagi “Dalam Negara yang aman seperti Malaysia kita rakyat harus bersyukur dengan keamanan yang telah kita kecapi selama ini”. Beliau juga menekankan isu yang berlaku di Lahad Datu. Beliau turut menyeru orang ramai untuk menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk keluar mengundi pada hari mengundi nanti. 

Diakhir program peserta telah menerima sijil penyertaan dan telah mendapat setiap hasil kerja kreatif mereka.