Wednesday 25 March 2015

POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA



 Pada 25 Mac 2015, TASKA PERMATA PKM 1 telah mengadakan lawatan Ke Ibu pejabat Polis (IPD) Seri Manjung.



Lawatan ini adalah sempena hari Polis yang ke 208. 
Tujuan nya adalah membolehkan kanak-kanak mempelajari jenis pekerjaan unit berunifom, tugas polis peronda, berkawat dan dapat memegang senjata api seperti senapang.


Ini merupakan pendedahan kepada kanak-kanak supaya mereka dapat menanam perasaan cintakan negara dan bertanggung jawab juga amanah yang perlu dipikul oleh anggota unit berunifom.


Kanak-kanak begitu teruja dengan kawat anggota polis dan amat membanggakan apabila mereka telah dapat rasai betapa penting nya pihak polis kepada negara dalam menjaga keamanan sesuai dengan slogan " Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada".

No comments:

Post a Comment