Sunday 22 March 2015

Pemaju Pemaju Masyarakat Lantikan Baru Melapor Diri

LUMUT: 12/3/15 -  Lapor diri PM (Pemaju Masyarakat) pelbagai jurusan  Gred (S17) di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Parlimen Lumut. Seramai 2 orang PM terdiri daripada PM Pembangunan Desa dan Perhubungan (PPDP) dan PM Literasi Komputer (PLK).

Sebelum ini mereka telah menjalani Kursus Asas Pengurusan Organisasi (KAPO) selama 10 hari di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka. Selepas itu, mereka dipecahkan mengikut jurusan masing-masing di PKM Kuala Selangor dan ILK Kuala Lumpur yang ditetapkan selama 3 minggu untuk menjalani kursus induksi.



Tamat sahaja kursus induksi, kepulangan mereka terus di sambut meriah oleh KEMAS Negeri Perak di PKM Sg. Siput. Selama 3 hari 2 malam mereka berada disitu bagi menjalani Bengkel Suai Kenal.

Pelbagai aktiviti yang di jalankan di PKM Sg.Siput bagi membolehkan mereka menambah lagi pengetahuan dan pengisian sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.


Program tersebut berlangsung dengan jayanya dan berakhir dengan majlis penyerahan penempatan kepada Pegawai KEMAS  Daerah dan Parlimen.

Majlis penutup telah di sempurnakan oleh Pengarah KEMAS Negeri Perak, Tuan Ahmad Kamal Idris B. Hj. Mohd Nawawi.

Terima Kasih kepada semua yang terlibat. Segala tunjuk ajar dan ilmu yang telah diberi, akan kami manfaat kan dengan sebaik mungkin.







No comments:

Post a Comment