Wednesday, 18 May 2016
SI PENABUNG CILIK
PROJEK MINI MURAL KAMI
#TANTANJEOPAH#
![]() |
| WARNA CANTIK-CANTIK TAW....... |
![]() |
| KALAU CAMPUR WARNA NI O.K TAK??? |
AKTIVITI BERSAMA PERPUSTAKAAN DESA DAN TABIKA KEMAS BATU 3 SEGARI
Aktiviti bersama perpustakaan desa...kampung batu , segari...pertandingan mewarna kanak- kanak tbk bt 3 segari...
tarikh 28.4.2016
masa 9.30 pg
tempat: perpustakaan desa kampung batu 3, segari
keputusan
tempat pertama: Aleesya Nur Zara bt Ahmad .....4 thn
tempat kedua. Mohd Adam Hafiy bin Hashim.
tempat ketiga..Endryana Emelda binti Shahril
LAWATAN SAMBIL BELAJAR TABIKA KEMAS KDSK KE BALAI BOMBA SERI MANJUNG
Pada 27 April 2016 TABIKA KEMAS Kg Dato Seri Kamaruddin telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Balai Bomba Seri Manjung. Kami sampai di sini sekitar jam 8.30pagi dan telah disambut oleh beberapa orang anggota bomba di ketuai oleh Pegawai Bomba Bahagian Latihan En Abdul Aziz. Seramai 23 orang kanak-kanak, 17orang ibu bapa termasuk ahli jawatankuasa tbk dan 2 orang guru pengiring mengikuti lawatan ini. Kanak2, ibu bapa dan ahli jawatankuasa telah diberi ceramah mengenai langkah-langkah keselamatan kebakaran seperti berhenti rebah dan guling, kebakaran yang disebabkan oleh dapur gas dan tugas-tugas ahli bomba dalam membantu masyarakat setempat. Kanak-kanak juga diberi peluang untuk mengendalikan paip bomba dan memakai pakaian ahli bomba.
MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT KELAS BINA INSAN TELUK KECHIL
Pada 3/5/2016 jam 2.30 petang bertempat di rumah Pn Noriah di Kg Teluk Kecil,Pangkor telah diadakan Majlis Tahlil untuk arwah-arwah dan Marhaban untuk cucunda beliau.
Majlis dihadiri oleh orang kampung dan juga peserta bina insan Kg Telok Kecil.
LAWATAN KE PUSAT PENETASAN PENYU SEGARI
Tepat jam 10.00pagi kami pula bertolak ke Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu di Segari, Perak. Terdapat 3 kolam yang menempatkan penyu dan 1 kolam kecil yg menenpatkan kura-kura. Kanak-kanak melalui proses pembelajaran yang sebenar tentang haiwan di air yang mereka lihat di sini dan salah satunya penyu dan kura-kura yang hidup di 2 alam di darat n dalam air.
KUNJUNGAN KE KFC GIANT BERSAMA KANAK- KANAK TBK KDSK
Pada puku11.30pagi kami bergerak ke kfc di Giant Hypermarket Seri Manjung untuk menikmati hidangan makan tengahari dan selamat sampai di TABIKA KEMAS Kg Dato Seri Kamaruddin jam 1.10 petang.



