Friday, 8 May 2015

Kelas Masakan ( Blueberry Cheese Tart )



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini di kelas masakan kita akan menyediakan Blueberry Cheese Tart. Ramai kawan-kawan yang dah mencuba resepi ini dan ramai yang cakap ianya sedap. Jadi saya nak berkongsi sedikit bahan-bahan dan cara-cara membuat Blueberry Cheese Tart yang sedap ni.



Bahan - Bahan :

1. 170gm marjerin atau butter
2. 50gm gula aising
3. 1 biji telur Gred A
4. 290gm tepung gandum
5. 1 sudu kecil esen vanilla
6. Acuan tart

Cara - Caranya :


+ Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.

+ Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.

+ Masukkan tepung sedikit demi sedikit.

+ Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.

+ Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.

+ Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar. Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.


+ Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.


*Nota* : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.




Sediakan filling yang kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jem nenas untuk buat filling cheese tart ni. Bahan-bahan untuk filling ni boleh kita dapatkan dari kedai-kedai menjual bahan untuk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.

Masukkan filling tu dalam piping bag untuk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi. Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tart kita. Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan  pula bahan-bahan untuk membuat cheesenya pula.


Bahan - Bahan :

1. 250gm cream cheese
2. 50gm gula kastor / gula halus
3. 1 biji telur Saiz B
4. ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon


Cara - Caranya :

~ Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.

~ Putar cream cheese dan gula hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

~ Cara menyediakan blueberry cheese tart dan buat lorekkan.
** Masukkan filling blueberry ke dalam kulit tart. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filling tadi. Dimana kita masukkan adunan cream cheese tadi dalam piping bag dan picitkan di atas filling dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit. Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tart tadi.

~ Cara buat lorekkan.
** Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. Jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidak secantik yang kita inginkan. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil di bahagian tepi. Bilangan garis kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik! Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.

Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi. Bakar api atas bawah tapi  letak dekat rak bawah.

Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese.

Monday, 27 April 2015

MENGECAH LEBIH BAIK DARI BERUBAT

PROGRAM KOSPEN KAMPUNG TELAGA NANAS


Kampung Telaga Nanas 17.4.2015 bermula  9.00 pagi telah diadakan Program KOSPEN dengan kerjasama KEMAS dan Kesihatan.   

Aktiviti dijalankan sempena Program AMANAH IKHTIAR.
2 orang jururawat Desa turut membantu dan memberi 
 tunjuk ajar.  Seramai 12 orang peserta telah menjalani pemeriksaan tersebut.
2 orang lelaki dan10 orang wanita.

10 orang sukarelawan telah memberi khidmat.

Diharap dengan adanya aktiviti KOSPEN ini penduduk kampung dapat mengesan
penyakit mereka dari peringkat awal lagi.

Program berakhir jam 12.00 tengahari


PEMERIKSAAN GULA DALAM DARAH


MENGAMBILREKOD PESERTA

MENGAMBIL BMI


PEMERIKSAAN TEKANAN DARAH


KEMASKINI REKOD KESIHATAN

MENGECAH LEBIH BAIK DARI BERUBAT

Bengkel Mingguan BPM ( Menjahit Lapik Angkat Periuk)

Lapik Angkat Periuk

Bahan-Bahan :

1. Benang
2. Kain Cotton Kosong
3. Kain Cotton Corak

4. Bahan Jahitan
5. Span keping

6. Dasar Lapik Angkat Periuk

Cara - Caranya ;







1. Buat dasar mengikut rekabentuk lapik angkat periuk yang diingini.



2. Potong kain dan span keping mengikut dasar lapik angkat periuk.




3. Letak susun kain cotton kosong, span dan kain cotton corak. Kemudian jelujur supaya semasa menjahit, kedudukan kain dan span menjadi cantik.


4. Menjahit mengikut corak yang di lukis.






5. Cantumkan kain yang dijahit.



6. Untuk mencantikkan lagi lapik angkat periuk, kita boleh tambahkan aksesori seperti kain renda dan lain-lain bahan mengikut kreativiti masing-masing.



JENG..!! JENG..!! JENG..!!
Maka siaplah lapik angkat periuk kita.
Sekian.

Wednesday, 22 April 2015

TBK TLDM SERTAI PERTANDINGAN MEWARNA ANJURAN FAMA

Pada 22 April 2015 seramai 100 orang kanak-kanak TABIKA KEMAS TLDM telah menyertai pertandingan merwarna di PERNAMA anjuran FAMA.Pertandingan ini bermula pada jam 3 petang dan berakhir pada jam 5 petang.

Pengurus Operasi FAMA EN SABRI HJ LASEH telah merasmikan pertandingan tersebut seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Pertandingan mewarna ini diadakan sempena sambutan ulang tahun HARI TENTERA LAUT YANG KE 81.Tema untuk pertandingan mewarna ini ialah BUAH-BUAHAN TEMPATAN.

Selain itu juga, pihak FAMA turut menyedia alatan mewarna kepada kanak-kanak yang menyertai pertandingan tersebut.

Kanak-kanak diberi hadiah saguhati dan hadia kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga.

Hadiah tersebut merupakan wang tunai yang bernilai Rm100 untuk tempat pertama,Rm80 tempat kedua manaka Rm50 untuk tempat ketiga dan hamper.

Tempat pertama di menangi oleh Kelas Ixora Nur Liyana Sakinah manakala tempat kedua pula di menangi oleh Kelas Anggerik Nurain Insyirah dan tempat ketiga di menangi oleh Kelas Seroja Nur Hadirah Ahna.

Majlis diakhir dengan penyampain hadiah kepada pemenang.

Sunday, 19 April 2015

SARDIN PASTRY PUFF

Kelas memasak pada harini kami membuat sardine pastry puff. Macam macam ilmu dipelajari harini.

Kelas terdiri daripada para remaja, kaum lelaki dan jugak kanak kanak

PEANUT COCOA BALL MENARIK MINAT KANAK-KANAK

Tarikh-10/4/2015
Jam-9.00-12.00 PTG
Tempat- PKK Batu 3, Segari
Kehadiran- 30 org peserta
Menu- Peanut Cocoa Ball
Jenis- Snack
Tema- Party Time

Resepi

500 g kcg tanah ( sangai dan kisar kasar)
200g betik merah
200g kulit oren
1/2 tin susu pekat
400g coklat bar*
3 sudu shortening*

Cara-caranya

Cmpurkan ksemua bhan kecuali yg bertanda*
Kepalkan menjadi bentuk bebola
Simpan di dalam chiller
Selama 1/2 jam

Cairkan coklat bar bersama shortening, celupkan peanut ball dan simpan semula kedalam chiller selama 1/2 jam

Sedia untuk dinikmati....

PIZZA KELAS PESERTA PUSAT MASAKAN PKM MANJUNG

Hari ini kelas Pusat Masakan buat pizza....sambutan amat menggalakkan. Ini adalah salah satu modul yang dipelajari untuk peserta-peserta pusat masakan...