Tuesday, 14 October 2014

PEMERIKSAAN GIGI KEPADA KANAK-KANAK TABIKA KEMAS FASA 3C

LUMUT  2 November 2014 -  Pemeriksaan gigi kepada kanak-kanak TABIKA KEMAS Fasa 3C Seri Manjung telah dijalankan dengan kerjasama Klinik Gigi Sitiawan. 

Seramai 50 orang kanak-kanak telah menjalani pemeriksaan ini. Pemeriksaan telah dijalankan selama 2 hari yang melibat kan 2 buah kelas.

Persediaan rapi sebelum memulakan tugasan

Antara peralatan yang digunakan


Kanak-kanak kelihatan tidak gentar menjalani pemeriksaan gigi ini. Mereka telah bersedia untuk menghadapi nya.

Seramai 4 orang kakitangan klinik gigi Sitiawan yang bertugas pada hari tersebut. Mereka tidak mengalami kesukaran memandangkan kanak- kanak tidak punyai masalah untuk menjalani pemeriksaan ini.

Sebelum memulakan tugas, kakitangan klinik ini telah membuat persiapan rapi bagi melancarkan tugasan mereka.

Pemeriksaan dapat dijalankan dengan lancar dan tamat pada jam 12.00 tengahari dengan diakhiri satu taklimat cara-cara penggunaan berus gigi dengan betul dan demonstrasi memberus gigi.

LAWATAN KANAK-KANAK TABIKA KEMAS TLDM KE TAMAN RAMA-RAMA DAN KD SRI PINANG


 Lumut 30 September 2014 -  Satu lawatan sambil belajar telahpun dijalankan oleh Tabika KEMAS TLDM.


Hasil dari keputusan mesyuarat jawantankuasa, keputusan telah diambil untuk mengadakan lawatan luar dari Negeri Perak iaitu ke Taman Rama-rama Pulau Pinang.


  
Peserta terdiri dari 220 orang kanak-kanak, 17 orang guru pengiring, 20 orang pembantu dan 10 orang AJK yang melibatkan 6 buah bas .

 Lawatan ke Galari Rama-rama

Rombongan bergerak sekitar jam 7.30 pagi dari Masjid An-Nur Tldm ke Pulau Pinang dan mengambil masa hampir 3 jam utk tiba di destinasi.

Pada jam 10.30 pagi rombongan tiba di Taman Rama-rama Pulau Pinang dan disambut mesra oleh pihak pngurusan taman rama-rama yg telah mgatur beberapa aktiviti seperti ceramah pendidikan bersama kanak-kanak.

 Jelas kelihatan kanak-kanak begitu teruja sepanjang masa berada disitu

Selama hampir 1 jam kanak-kanak diberi penerangan tentang hidupan haiwan seperti jenis2 serangga, habitat serangga khususnya tentang kitaran hidup rama-rama. Kanak-kanak juga berpeluang menyentuh serta melihat serangga2 yang jarang dilihat pada sesi penerangan tersebut.




Seterusnya selepas selesai sesi ceramah dan penerangan, guru serta kanak-kanak melawat seluruh kawasan taman rama-rama secara natural walk. Pelbagai jenis rama-rama yang berwarna warni dapat dilihat serta mini galeri yang disediakan. Ini memberi rasa teruja pada kanak-kanak.


Pihak pengurusan taman rama2 membekalkan kanak2 dengan cenderahati setiap seorang.



Seterusnya rombongan menuju ke KD Sri Pinang untuk menikmati makan tengahari yang disediakan secara buffet. Antara menu yang disediakan ialah nasi putih, ayam masak merah, sayur kubis, telur dadar air oren dan buah Lai.



Pada jam 3 petang rombongan bertolak pulang ke 

Diharap dimasa akan datang program sebegini dapat diadakan lagi bagi menarik minat kanak-kanak.

Tuesday, 8 April 2014

AKTIVITI KELAB 3K BERSAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT SERI MANJUNG

LUMUT - 8 APRIL 2014  Aktiviti 3K dan Latihan Memadam Kebakaran telah diadakan di TBK KEMAS Fasa 3C, Seri Manjung dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Seri Manjung.





Angota bomba turut mengajar teknik BERHENTI, REBAH dan GULING sekiranya baju atau anggota tubuh badan kanak-kanak terbakar.


Selain itu, anggota bomba juga turut memeriksa tahap keselamatan di TABIKA terutama di bahagian dapur. Kanak-kanak juga turut diberi peluang menaiki jentera bomba, dan turut diberi peluang pendedahan bagaimana menggunakan hos bomba ketika memadam kebakaran.

Kedua-dua guru TABIKA terbabit, turut diajar bagaimana menggunakan pemadam api mudah alih atau 'fire extinguisher' dengan cara yang betul. Menurut kata Encik Abdul Aziz, selaku 'incharge' bagi Program 3K, guru di TABIKA menggalas tanggungjawab besar berkaitan keselamatan kanak-kanak. 


Dengan itu, guru perlu bersedia dan perlu mengetahui bagaimana menggunakan pemadam api dengan betul supaya langkah awal dapat diambil sekiranya berlaku kebakaran supaya dapat mengelakkan kebakaran merebak.



Sedikit cenderahati buat Encik Abdul Aziz dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Seri Manjung.

Akhir kata, ingatlah.. API SEMASA KECIL MANJADI KAWAN, BESAR MENJADI LAWAN.

MESYUARAT JKPP & JKPAK KEMAS NEGERI PERAK

LUMUT- 7 April 2014   Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Dan Kewangan (JKPAK ) & Jawatankuasa Pengurusan Dan Pembangunan (JKPP) KEMAS Negeri Perak telah diadakan di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Parlimen Lumut,


Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah KEMAS Negeri Perak En Ahmad Kamal Idris Bin Hj Ahmad Nawawi.

 Turut hadir Timbalan Pengarah KEMAS Negeri Perak En Ali Hanafiah Bin Abu Hassan, Penolong- Penolong Pengarah KEMAS Negeri Perak, Pegawai KEMAS Daerah, Penyelia Kanan Parlimen, Pembantu Tadbir Daerah dan Pemaju Masyarakat Khas Parlimen.


Pengarah melahirkan rasa teruja kerana KEMAS Perak julung kali nya mengadakan mesyuarat mengggunakan laptop/notebook sebagai gantian kertas minit mesyuarat. 
  Agenda dimulakan dengan mesyuarat JKPAK yang disampaikan oleh En Azril. Pembentangan pertama mengenai Laporan Pengurusan Aset Suku Tahun Ke 1/2014. Kedua Laporan Pelupusan Aset sehingga 15/3/2014.
Ketiga Laporan Kehilangan/ Hapuskira.


Agenda seterusnya mengenai Pengurusan Kewangan yang disampaikan oleh En Ali Hanafiah bin Abu Hassan.

Mesyuarat ditangguhkan dengan kehadiran dan ucapanYB En Rashidi Bin Ibrahim ADUN Pasir Panjang .
 
Dalam ucapan beliau merakamkan Terima Kasih kepada semua warga KEMAS Negeri Perak Khas nya KEMAS Lumut, yang telah memberi kerjasama dan merancang dalam setiap program terutama bagi membantu kemenangan dalam PRU 13 yang lalu. Beliau mengharapkan sokongan yang berterusan sehingga ke PRU yang akan datang.



Pada jam 3.00 petang mesyuarat JKPP pula dijalankan yang dihadiri Pengarah, Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah, PKD, Penyelia Kanan Parlimen.

Friday, 4 April 2014

PERASMIAN JETI AWAM KAMPUNG TELAGA NENAS(L)

LUMUT- 21 MAC 2014  Perasmian Jeti Kampung Telaga Nenas (L) Ayer Tawar Perak telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak YAB Dato Seri Diraja Dr Zambry bin Hj Abdul Kadir. 

                                                                            
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YDP Daerah Manjung, Pegawai Daerah Manjung, YB Dun Pasir Panjang, Penghulu Mukim, Ketua Kampung dan AJK JKKK, Ketua Jabatan dan seluruh penduduk Kampung Telaga Nenas.









Wednesday, 2 April 2014

SAMBUTAN ULANGTAHUN KELAHIRAN KANAK2 TASKA PERMATA KEMAS LUMUT DISAMBUT MERIAH


LUMUT- 17 Mac 2014 bertempat di PKM Parlimen Lumut, telah berlangsung nya sambutan Ulangtahun Kanak-kanak TASKA PERMATA KEMAS PKM 1. 

       









Sambutan amat meriah dengan pelbagai acara dilaksanakan. Turut hadir bagi menyapaian sedikit ucapan sebagai suntikan semangat kepada semua Pemaju Masyarakat dan kanak-kanak ialah Pn Jamaliah bt Hassan Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Lumut.


. 




Sunday, 19 January 2014

MAJLIS MAULIDUL RASUL TBK TLDM LUMUT

Majlis Perarakan Maulidul Rasul mendapat sambutan yang meriah dari kalangan ibubapa, kanak-kanak TBK TLDM yang diketuai oleh Lans Koperal Ustaz Faridzul bin Azami pada 16 Januari 2014 di perkarangan TBK TLDM jam 8. 30 pagi.

 Majlis ini dipengerusikan oleh PWI Mohamad Zulman bin Zakaria.
 Kanak-kanak dan ibubapa dibawa berarak bermula di perkarangan TBK dan keluar melalui jalan  ARMADA PERNAMA dan berpatah balik ke perkarangan TBK dengan Selawat yang memuji kebesaran Rasulullah SAW.

 
Kemudian mereka berkumpul didalam dewan dimana majlis perasmian dimulakan dengan ucapan dari Pengerusi TBK Komander Yusman bin Ostadi TLDM. Dalam ucapan beliau meyarankan agar ibubapa memberi lebih pendedahan tentang peribadi Rasullulah SAW kepada anak-anak.

 Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Lans Koperal Ustaz Faridzul bin Azami Sebagai penceramah di majlis tersebut. Ceramah yang disampaikan mengenai kisah kehidupan Rasulullah SAW. Ceramah tersebut telah mendapat perhatian yang baik dari ibubapa, kanak-kanak dan hadirin yang dijemput khas.


Tumpuan yang begitu mengasyikkan, menampakkan hadirin  begitu berminat dengan penyampaian ustaz dalam ceramah tersebut.

Majlis berakhir pada jam 11.00 pagi dengan sedikit jamuan.

KEMAS Parlimen Lumut mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang teribat terutama Pengerusi dan AJK, penceramah undangan, guru-guru, kanak-kanak, ibubapa dan hadirin sekelian yang telah meluangkan masa untuk menghadirkan diri dalam majlis sambutan Maulidul Rasul pada tahun ini.