Thursday 3 October 2013

SUKANEKA TABIKA KEMAS PARLIMEN LUMUT ZON SAMUDERA

Kehadiran YB Rashidi bin Ibrahim ADUN Pasir Panjang ke temasya sukaneka TABIKA KEMAS Parlimen Lumut Zon Samudera memeriahkan lagi suasana sukaneka yang digabungkan bersama 6 buah kelas TABIKA di sekitar kawasan Manjung Point. Beliau telah diberi penghormatan untuk merasmikan majlis penutupan temasya sukaneka Ini. Ucapan beliau amat memberi makna kepada seluruh AJk, guru-guru TBK, ibubapa dan anak-anak yang diraikan pada hari ini. Semangat kesukanan yang ada pada diri setiap kanak-kanak TBK dalam sukaneka ini telah tonjolkan dengan baik sekali.
Turut hadir dalam temasya sukaneka ini adalah Pegawai KEMAS Dearah Manjung En Nor Heazi Aswal bin Hj Norbani. Dalam ucapan beliau melahirkan rasa terharu dengan komitmen yang telah ditunjukkan oleh setiap AJK yang memainkan peranan yang baik sekali sepanjang sukaneka ini berlangsung. Tegas beliau lagi sukaneka ini sedikit sebanyak dapat menyatukan rasa tanggungjawab setiap ibubapa dan dapat memainkan peranan masing-masing dalam membentuk anak-anak kearah kecemerlangan baik dari segi fizikal mahupun mental.
 Pelbagai acara kanak-kanak telah dijalankan diantaranya ialah Leret bola dengan gelung rotan, pancing tin, kasut gergasi, baling Bola pingpong ke dalam bakul, kerusi bermuzik dan lain-lain lagi. Diantara sukan bagi ibubapa pula ialah limbarock, baling-baling sayang

HadIah-hadiah pemenang telah disampaikan oleh YB Rashidi diakhir majlis sukaneka tersebut. Sebagai tanda penghargaan diatas kesudian beliau meraikan sukaneka ini, pihak AJK, guru-guru dan ibubapa telah berbesar hati memberi cenderahati yang disampaikan oleh pegawai KEMAS Daerah Manjung.

Sukaneka ini telah melahirkan rasa tanggungjawab dan mengeratkan lagi siratulrahim diantara AJK dan ibubapa bersama pemimpin tempatan.
Sekalung budi seribu penghargaan dari seluruh Warga KEMAS Parlimen Lumut kepada Semua yang terlibat terutama kepada YB Rashidi bin Ibrahim ADUN Pasir Panjang, Pegawai KEMAS Daerah Manjung En Nor Heazi Aswal bin Hj Norbani, En Mohd syukur Al Hadi bin Sulaiman Pengerusi TBK Manjung Point kelas 1&2, En Zamzuri bin Haris Pengerusi TBk Manjung Point kiambang 3, Pn Yusniza bt Mat Yusof  Pengerusi TBK Manjung Point  kelas 3, En Muhammad Badruddin bin Majid Pengerusi TBK Taman Samudera Teratai 2,  ASP Tuan Ahmad bin Abdul Salleh Pengerusi TBK IPD, semua AJK TBK, KRT Manjung Point Seksyen 2&3, guru-guru TBK Zon Samudera Pn Normidah, Pn Hamidah, Pn Raja Noramah, Pn Jalilah, Pn Hazizah, Pn Rohani dan juga yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis sukaneka ini.. Semoga majlis sukaneka ini mendapat keberkatan dari NYA..

No comments:

Post a Comment