Saturday 26 October 2013

Sambutan Ulangtahun Kelahiran peserta Kelas Bina Insan dan Pendidikan Kesejahteraan keluarga Sitiawan Barat


Sambutan Program ini telah terlaksa dengan meriahnya pada 24/10/2013 jam 3.00 petang di Dewan Orang Ramai Sitiawan Barat. Ianya telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari peserta dimana dalam program ini diselitkan bersama pertandingan masakan dan mewarna dewasa.
Program ini juga diserikan lagi dengan santapan rohani yang disampaikan oleh ustazah Rafidah bt Mohamed penyelia Bina Insan KEMAS Parlimen Lumut dengan tazkirah bertajuk "Hijrah Kelebihan dan Hukumnya"
 
Difinasi Hijrah memberi maksud Perpindahan Dari Satu Tempat Ke Tempat Yang Lain. Ia lebih kepada Fizikal kemudian Rasulullah S.A.W menukar makna fizikal kepada Maknawi seperti sabdanya " Orang yang berhijrah itu ialah dengan meninggalkan larangan Allah SWT"
Untuk hijrah semuanya bermula dengan ketukan hidayah ke dalam hati seseorang. Hidayah adalah Percikan Api Kesedaran. Hanya cahaya Ilahi yang dapat menunjukkan jalan Ilahi. Mereka yang berada di dalam hijrah, mendapat hidayah dari Allah dan bersedia mengorak langkah melalui jalan Allah yang lurus.
Peserta-peserta disini telah menunjukkan bakat mereka didalam pertandingan masakan dan mewarna. Pelbagai jenis rendang telah diadili oleh dua orang Pengadil iaitu Penyelia dan Pemaju Masyarakat KEMAS Parlimen Lumut. Diharap dimasa akan datang peserta-peserta ini mampu dan berani menampilkan diri untuk menyertai pertandingan masakan yang dianjurkan oleh semua jabatan dan NGO sehingga sampai keperingkat Antarabangsa.
Dalam pertandingan mewarna telah menampilkan bakat-bakat peserta dewasa yang amat mencuit hati. Melihatkan kesungguhan mereka rasanya seperti mereka menghayati apa yang mereka lakukan dengan sepenuh hati. Gurau senda dan gelak ketawa mereka menjadikan program amat meriah. Usik mengusik mereka menampakkan seperti satu keluarga yang erat.

KEMAS Parlimen Lumut mengucapkan setinggi-tinggi Terima kasih dan sekalong penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terutama kepada pengerusi dan semua peserta kelas Bina Insan dan PKK Sitiawan Barat, Wanita dan Puteri UMNO Sitiawan Barat, KRT Taman Perumahan Awam dan Individu yang telah menyumbang dalam menjayakan program ini.
Ini merupakan program terakhir yang dianjurkan oleh Pemaju Masyarakat Bina Insan Ustazah Zuriani bt Zainol Abidin yang merupakan pengajar disini kerana beliau akan berhijrah ke Wilayah Persekutuan kerana mengikut suami yang bertugas disana akhir tahun ini.

Semoga semua yang hadir mendapat kepuasan dan keberkatan juga diharap program sebegini dapat diteruskan dimasa akan datang.

No comments:

Post a Comment