Friday, 7 October 2016

PENILAIAN PERTANDINGAN 3K PERINGKAT NEGERI PERAK 2016

Pada 06 Oktober 2016 , Taska Permata KEMAS PKM  2 telah di nilai oleh penilai 3K  untuk Pertandingan 3K Peringkat Negeri Perak 2016 kategori Taska Permata KEMAS.  Semoga berjaya untuk kategori Taska Permata KEMAS PKM 2 Lumut ini.  


Guru-guru mendengar penerangan dari Cik Solehah dari KEMAS Negeri Perak


Barisan Guru Taska Permata KEMAS PKM 2


Penerangan dari Cik Solehah

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT KG BHARU

Pada 07 Oktober 2016 Tabika KEMAS Kg Bharu telah berjaya melibatkan diri dengan program kampung iaitu Hari Sukan Negara peringkat Kg Bharu.   Acara pada awalnya ialah senamrobik bersama orang dewasa dan juga kanak-kanak Tabika.  Lebih dari 7 acara telah di jalankan iaitu
1) Anak suap ibu makan coklat
2) Bawa bola di dalam sudu
3) Bawa bola menggunakan chopstick
4)  Isi air dalam cawan
5) Bawa getah dengan menggunakan penyedut minuman
6) Hantaran kaki bola berpasukan wanita
7) bola sepak lelaki

Bergambar kenangan 

Sebahagian yang bersama-sama bersenamrobik 

Senamrobik di awal perjalanan acara

Membawa getah menggunakan penyedut minuman (straw)

Kehadiran cukup memuaskan iaitu lebih kurang  40 kanak-kanak serta 30 orang dewasa.  Turut bersama memeriahkan program ini ialah penghulu mukim Lumut , Tok Sidang Kg Bharu serta Penyelia dari KEMAS iaitu Puan Rohani Alias.  Pemaju Masyarakat yang berjaya melibatkan diri dalam program ini ialah Puan Nor Shahidah Ahamad.  Tahniah.....


Acara bersama Ibu dan anak

Regangan badan di padang


Thursday, 6 October 2016

PERTANDINGAN 3K PERINGKAT NEGERI PERAK

Pada 06 Oktober 2016 Tabika KEMAS Felcra Lekir telah memasuki pertandingan 3K Peringkat Negeri Perak mewaki Daerah Manjung di bawah kategori bangunan khas Tabika KEMAS.  Turut menghadirkan diri semasa penilaian 3K iaitu Pengerusi dan juga Ketua UMNO Cawangan  yang bersama-sama meraikan kehadiran penilai bagi pertandingan 3K ini. Tahniah kepada Tabika KEMAS Felcra ...





LIPATAN ORIGAMI KAPAL LAYAR

Pada 06 Oktober 2016 bertemakan kenderaan di air Tabika KEMAS Taman Sri Wangi melakukan aktiviti melipat origami kertas menjadi kapal layar. Melakukan aktiviti semasa waktu fizikal dan estetika selama 40 minit untuk melihat kertas menjadi kapal layar.  Setelah itu, hasil origami itu di lekatkan di atas kertas A4 putih untuk di lukis dan di warnakan.

Melipat kertas mengikut arahan dan bimbingan guru


origami kapal di gamkan di atas kertas putih

melukis untuk gambar belakang


Inilah hasil daripada aktiviti Origami Kapal Layar

PENILAIAN 3K PERINGKAT NEGERI

Pada 06 Oktober 2016 Tabika KEMAS Taman Sri Wangi telah di hadiri oleh penilai untuk Pertandingan 3K Peringkat Negeri Perak kategori bangunan menumpang Tabika KEMAS.  Penilai dari KEMAS Negeri Perak iaitu Cik Solehah dan Puan Zaiza di iringi oleh Penyelia Prasekolah Puan Shamsiah Abdul Malek dan Encik Asparul Adly Mustapa.

Semakan fail di Tabika


Puan Zaiza menyemak fail Profail Tabika

Melihat persekitaran dapur


Monday, 3 October 2016

TEMASYA SUKAN TAHUNAN TABIKA KEMAS KG BHARU

Pada 28 September 2016  Tabika KEMAS Kg Bharu telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan yang telah bersama-sama menjayakan sukan ini bersama Sekolah Kebangsaan Kg Bharu (L).   Semua acara telah di adakan di padang Sekolah Kebangsaan Kg Bharu.  Terdapat 10 acara dan serta acara larian 50 meter lelaki dan perempuan.  Program ini telah di rasmikan oleh Ketua Kampung Kg Bharu.   Kehadiran seramai 50 orang ibu bapa, 10 orang ahlijawatankuasa tabika dan 15 ahlijawatankuasa Sek. Keb  Kg Bharu, 100 orang murid sekolah kebangsaan, 20 orang kanak-kanak Tabika serta 12 orang guru-guru sekolah kebangsaan.  Acara kemuncak adalah acara mengutip gula-gula bagi kanak-kanak tabika.

Guru Tabika KEMAS Kg Bharu bersama barisan ajk dan ibu bapa 

Perbarisan kanak-kanak Tabika 

Hadiah di berikan kepada kanak-kanak

Johan larian 50 meter

Acara kemuncak iaitu mengutip gula-gula

LAWATAN RAWATAN GIGI DARI KLINIK PERGIGIAN PANGKOR

Pada 27 September 2016 , Tabika KEMAS Kg Telok Kechil telah menjalani lawatan pergigian dari Klinik Kesihatan Pergigian Pangkor untuk rawatan lanjut untuk kanak-kanak yang bermasalah dari lawatan rawatan kali pertama semasa awal tahun 2016.  Jenis rawatan pada kali ini ialah tampalan kecil pada gigi kanak-kanak.

Persediaan rawatan dari Jururawat pergigian


Melakukan rawatan kepada salah seorang kanak-kanak