Friday, 11 March 2016

MESYUARAT PIBG SK KG BAHRU

Pd 11/3/16 pukul 2.30 ptg telah berlangsung mesyuarat pibg sek keb kg bharu.

Telah di rasmikn oleh yb dato rashidi dan disertai oleh pengerusi masjid kg baru dato ahmad zamri , ketua kg kg bharu en khairi b hj badrin, ketua wanita caw kg bharu pn kamariah long n pemimpin ngo kg serta ibu bapa seramai 65 org.

Prlantikn ajk baru yg trdiri dari muka baru n lama. Ydb baru yg d lntik en idham b aziz dan nydp en izwan b ishak. sebelum berangkat pulang yb dato sempat mncabut 1 cabutn bertuah.

GOTONG ROYONG TABIKA KEMAS BT 15 LEKIR KEARAH KEMAS BERIDENTITI BERSIH

Tabika Kemas Batu 15 Lekir telah mengadakan Gotong-Royong pada 11.3.2016 yang melibatkan Pemaju Masyarakat, Pembantu Pemaju Masyarakat, ibu bapa serta ahli jawatankuasa di mana acara dimulakan dengan satu sesi taklimat ringkas oleh Pengerusi Tabika KEMAS Batu 15 lekir, Encik Abu Hassan bin Omar tentang pembahagian tugas pada hari tersebut.

Turut hadir ketua kg Bt 15 Lekir Tn Hj Ibrahim b Mohd Tahir merangkap ketua cawangan.

Acara bermula pada pukul 8.30 pagi hadirin mula bergerak ke kawasan kerja masing-masing, seperti memcantas pokok bunga, memperkemas dan menambah mural dinding,membersih dan menceriakan kawasan tabika.
Gotong rotong berakhir pada jam 11.30 pagi  disajikan dengan jamuan ringan.

Tabika KEMAS Batu 15 Lekir mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyumbangkan masa dan tenaga memeriahkan Gotong-Royong 2016, Semoga semangat kerjasama dan keceriaan yang ditunjukkan pada hari ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

TABIKA BERPRESTASI TINGGI PRAKTIKAL DI MASJID KG BAHRU

Pada 4/3/16 kul 8.30 pg , tbk kemas kg bharu telah mengadakan lawatan ke masjid kg bharu. Pihak tbk n masjid darul takzim telah berkolaborasi untuk mengadakan smart solat n pendedahn awal pd knk2.

Antara aktiviti yang di jlnkn di masjid adalah teori n praktikal wuduk, adab2 dlm masjid n penerangan solat dhuha n solat bersama ibu2 yg berkesempatan menyertai solat tersebut.

Imam yg bertanggungjawab pd hari trsebut adalh en ainol jufri b pilus. Murid juga di ajar cara azan yg betul.

Pengerusi masjid merangkap pengerusi aktiviti kemas yg brbahagia dato hj ahmad zamri b shamsuddin bersama ibu juga bapa bersama2 menyertai aktiviti ini...ke hadiran pd hari trsrbut knk2 18 org n ibubapa 10 org...aktiviti ini tamat pada pukul 10.00 pagi

Thursday, 10 March 2016

PEMANTAUAN IBUPEJABAT KEMAS MALAYSIA KE TASKA PERMATA PKM 2

Pada jam 9.30 pagi  Pemantauan dari pihak negeri dan permata iaitu puan Ain dan puan Rina telah datang memantau TASKA PERMATA PKM.

Tujuan mereka datang adalah untuk melihat sekeliling taska, sudut pembelajaran dan alat bantu mengajar dan SOP yang terdapat di Taska PKM2.

Terdapat banyak penambahbaikkan perlu dilakukan yang perlu dilakukan pendidik Taska.

Sehubungan itu mereka memberi banyak informasi mengenai apa yang perlu diperbaiki di dalam Taska.

PROGRAM SUKANEKA DAN CHEF PANGKOR SEMPENA HARI WANITA

TELUK KECIL, PANGKOR. 10 Mac 2016. Program Sukaneka dan Chef Pangkor telah dijalankan semperna menyamput Hari Wanita 2016. Program tersebut melibatkan penyertaan dua buah kampung.

Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Teluk Kecil dan Kampung Teluk Gedung.

Mereka yg terlibat terdiri drpd peserta kelas masakan(PKK) dan kelas Bina Insan.
Program tersebut juga telah dirasmikan oleh Ketua Kampung Teluk Kecil, En.Yusuf b.Yahya.

Turut hadir sama En.Asmadi B. Teh Teh. Beliau telah menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang.

Dianggarkan seramai 40 peserta yang hadir.Acara- acara yang dipertandingkan dlm program tersebut adalah masakan Puding Jagung, Mewarna kategori dewasa, Pijak Belon, Makan Limau, Solekan, Kopek Ikan Bilis dan Musang Berjanggut.

Program ini jg bertujuan untuk menghargai setiap insan yang bernama WANITA disamping merapatkan lg hubungan sillaturrahim sesama insan.

MAJLIS PERPISAHAN DAN MERAIKAN AJK TABIKA KEMAS TLDM

Majlis perpisahan & meraikan AJK TABIKA KEMAS TLDM 2015/2016
Tarikh : 9 Mac 2016
Masa : 8.30 mlm
Tempat : Kelab Rekreasi Tentera Laut (KRTEL)

Majlis ini diadakan bersempena perpisahan ajk tabika 2015 serta meraikan ajk 2016 yg baru dilantik pada mesyuarat agong tabika KEMAS TLDM pd 18 Feb yg lalu.

Majlis ini telah dihadiri oleh semua ajk yg terlibat termasuklah barisan ajk tertinggi iaitu pengerusi tabika komander Azahar bin Ngah Ahmad TLDM, naib pengerusi komander hj Sarkinin bin Hj Tokaichan tldm, peg. Koordinasi Mejar Dailami bin Zahari serta smua Pemaju Masyarakat dan PPMS tabika KEMAS TLDM Lumut.

Turut hadir memeriahkan lg majlis ialah Pegawai KEMAS Daerah Manjung En Norheazi Aswal bin Hj Norbani.

Majlis bermula pd jam 8.30 mlm dgn ucapan aluan pngerusi majlis di ikuti dgn ucapan pengerusi tabika dan pegawai KEMAS Manjung.

Acara majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati oleh pegawai KEMAS kepada semua ajk tabika 2015 sebagai tanda penghargaan selama mereka memegang jawatan.

Setelah itu jamuan makan dimulakan. Juga diadakan acara cabutan no bertuah sebanyak 20 cabutan. Majlis turut diserikan dgn persembahan karaoke terbuka yg disediakan di lokasi majlis.

Antara menu istimewa yg disajikan adalah seekor kambing bakar, live char kuey tiow, live ABC, ayam bakar, western conner dan pelbagai lagi menu tmbahan. Majlis bersurai sekitar 10.30 malam.

Wednesday, 9 March 2016

MAJLIS RAMAH MESRA JALINAN RAKYAT

Perjumpaan Majlis Ramah Mesra Jalinan Rakyat di Bandar Baru Seri Manjung(BBSM) telah diadakan pada 9/3/16(Rabu) di Dewan Fasa 2C pada jam 8.00 malam.

Seramai 40 orang yang hadir. Penduduk yg terlibat hadir bersama adalah Bandar Baru Seri Manjung, Fasa 2 Gabungan, Fasa 3A dan Fasa 2C.

Tujuan perjumpaan ini ialah supaya kerjasama dari semua pihak yg terlibat untuk mengemas kini pemetaan kawasan dan mengujudkan rasa tanggungjawab dalam sesebuah taman dan kampung selain itu dapat mengujudkan silatulrahim dan ukhwah sesama mereka.