Friday, 18 December 2015

LAWATAN PENYELARAS KOSPEN KE KAMPUNG2 KOSPEN

15 Disember 2015 lawatan dari klinik kesihatan Sitiawan diketuai oleh Dr Ngo bersama penyelaras KOSPEN  KEMAS Pn Rohani Alias dan kakitangan kesihatan yang terlibat telah mengadakan lawatan je kampung2 KOSPEN bagi menyelaras setiap program dan memeriksa peralatan supaya berada dalam keadaan selamat.

Kampung yang terlibat pada tarikh tersebut Kg Batu 15 Lekir, Kg Batu10 Lekir, Kg Tersusun Batu 7 Lekir, Kg Felcra Lekir dan Kg Melayu Baru Felcra.

MAJLIS GRADUASI KANAK KANAK TASKA PERMATA LUMUT

Pada 16 Disember Taska Permata KEMAS parlimen Lumut telah mengadakan Majlis konvokesyen dan makan malam di Orient Star Resort@ Lumut.


 Jemputan seramai 300 orang, turut memeriahkan majlis tersebut ialah Puan Wan Norlee, Pegawai Kemas Daerah En Heazi Aswal Bin Haji Norbani ,Penyelia Kanan kawasan Pn Rohani Yasin  dan Pengerusi induk Taska PKM dan Batu 10 lekir serta penyelia-penyelia. Program dimulakan dengan pembukaan bacaan doa oleh pengerusi TASKA Batu 10 Lekir. 


Seterusnya ucapan dari Pn Wan Norlee. Acara yg pertama bermula dengan persembahan kanak- kanak Taska Permata KEMAS TASKA Permata PKM 1, PKM 2 dan Batu 10 Lekir. Setelah selesai jamuan makan bermula, dan slideshow dimainkan. 


Kanak-  Kanak diminta beratur diluar bagi penyampaian sjil dan hadiah. Turut sama terlibat ialah ajk-ajak taska. Pada penghujung majlis taska cikgu membuat persembahan dan majlis berakhir pada jam 11.30 malam 


PROGRAM DASAR NEGARA DUN PASIR PANJANG

majlis bacaan Yassin dan Tahlil  di rumah Pn. Imawaty bt Tarhadin di no.55 fasa 2G, pagi ini kul 9.00 pagi.

Tuan rumah seorg Balu..kematian suami sebulan yg lalu.
Beliau menangis bila ketua wanita fasa 2g bgtau nak buat majlis tersebut dgn peruntukan dari KEMAS dan ucap terima kasih sangat2.

Beliau  tak pernah  buat majlis bacaan yassin dan tahlil untuk arwah suaminya kerana kesempitan hidup.

Thursday, 17 December 2015

CERAMAH DAN JAMUAN AKHIR TAHUN KELAS BINA INSAN

Pada 17.12.2015 satu program Ceramah Maal Hijrah dan jamuan akhir tahun diadakan D'Muruh Restoran, di Teluk Muruh untuk peserta kelas Bina Insan Parlimen Lumut.Program bermula 10.00 pagi.

Program dipengerusi oleh Cik Shuhada Bt Osman seterusya dengan wakil pejabat Puan Rohani Bt Yasin. 

Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Zahrullail B.Haji Sarkawi dari Pejabat agama Ipoh.Kehadiran peserta seramai 105 orang.

Turut hadir Ustazah Rafidah Binti Mohamed Penyelia Bina insan Parlimen Lumut.Encik Asparuladly Bin Mustafa Penyelia 3P Parlimen dan Puan Kamariah Bt Long.Setiap peserta diberi cenderahati.

Jam 1.00 petang jamuan makan.
Program mendapat sambutan daripada peserta kelas.

Sunday, 13 December 2015

SUKANEKA DAN HARI KELUARGA TABIKA KEMAS BT 3 SEGARI

Sukaneka dan hari keluarga tabika kemas bt 3, segari brtempat di chalet pak ya,teluk senangin
Tarikh :13/12/2015
Masa : 9-12.tghri
Kehadiran: 65 org

FAMILY DAY DAN SUKANEKA TASKA PKM 1

family day dan sukaneka taska pkm 1 seri manjung.
tempat: sri senagin chalet teluk senangin
masa:9pagi

Saturday, 12 December 2015

PROGRAM DASAR NEGARA DAN PENYAMPAIAN SIJIL KELAS PKK KEMAS LUMUT

Lumut~ 11 Disember 2015 bertempat di Kelas PKK KEMAS Kg Batu 10 Lekir telah berlangsung nya Program Dasar Negara dan Pertandingan Aspek Wanita Kelas PKK yang mengabungkan 10 buah kelas yang terdiri dari 3 orang guru iaitu Pn Saodah bt Ahmad, Pn Nurul Faezah bt Abd Rahman dan Cik Masitah bt Ahmad.

Turut Hadir Pegawai KEMAS Daerah Manjung En Nor Heazi Aswal bin Hj Norbani, Ketua Kg Bt 10 Lekir dan Ketua Kg Batu 14 Lekir.

Penceramah jemputan Ustaz Hairul dari Biro Penerangan UMNO Bahagian Lumut telah memberi ceramah didalam program tersebut.

Kehadiran yang menggalakkan dari peserta dan penduduk setempat diluar jangkaan memberi semangat kepada semua urusetia yang terlibat.

Diharap program sebegini terus memberi impak yang baik kepada semua lapisan masyarakat dan sebagai suntikan semangat kepada semua yang terlibat.